Artis / Selebriti
” Suami baru ke tu Bonda. Patut dah lama tak nampak Abang Haji.. ” – Komen Netizen
Muatnaik video bersama seorang lelaki di sisi, perkongsian Bonda Rozita Ibrahim jadi tanda tanya warganet. Eh suami baru Bonda ke tu, ramai yang beri ucapan tahniah. Komen Datin Rebecca Nur Al-Islam seperti mengiyakan apa yang dikata..
Siapa tidak kenal akan jutawan kosmetik iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang juga merupakan ibu kepada jutawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri ini. Bonda antara usahawan yang berjaya dan sering dijadikan idola para wanita di luar sana kerana Bonda sering berkongsi tips kesihatan yang menarik serta produk kesihatan yang diusahakannya sendiri.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Bonda sendiri, telah dikongsikan video yabng memaparkan Bonda sedang membuat video live bersama followers sambil mempromasikan produk. Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah kelibat seorang lelaki yang ada di samping Bonda.
Ramai yang meninggalkan komen dengan bertanya siapakah sebenarnya gerangan lelaki tersebut. Malah, ada juga yang memberikan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Bonda. Selain itu, komen daripada pelakon, Datin Rebecca Al- Nur Islam turut menjadi perhatian.

Jika meninjau di Instagram Story Bonda, difahamkan sekarang Bonda bersama anak, menantu serta cucu-cucu sedang bercuti di negara China. Sehingga kini, Bonda tidak menafikan atau mengiyakan sama ada lelaki itu betul-betul suami barunya atau tidak.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Suami baru ke tu bonda.. Patut dah lama tak nambak Abg Haji.. Tahniah bonda, sy doakan bonda akan bahagia selalu, amin.. “
” Selamat pengantin baru bonda .. Saya followers bonda tapi baru tau.. Happy honeymoon ya.. Moga perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke akhir hayat.. “
” Tahniah bonda . Hepi honeymoon . Semoga kekal bahagia dunia akhirat.. Alhamdulillah, ada peneman Bonda, teman berborak, teman berkongsi masalah.. “
” Alhamdulillah bonda. Di usia senja kita nk peneman, boring jgk kalau sunyi.. Tahniah bonda, semoga kekal hingga ke syurga.. “
” Syukur alhamdulillahh.. Tahniah bonda, selamat pengantin baru dan selamat berbulan madu.. Kenapa tak diwarwarkan benda baik bonda.. “
” Sy tertinggal live bonda.. Tpi suke tgok ulangan video live bonda.. Sebab suke tgok bonda share perkongsian tentang kesihatan.. Love sgt.. “
” Alhamdulillah…. Smoga pasangan bonda dpt membahagiakan bonda dunia akhirat. Rasanya bonda kahwin dengan abang pelakon Rebecca kan. “
Komen Rebecca yang turut meraih perhatian ramai :

Komen pelakon Datin Rabecca dengan memanggil Bonda dengan panggilan ‘kakak iparku’ itu seperti sudah menjawab persoalan warganet. Apa-apa pun, andai benar khabar gembira ini, tahniah diucapkan kepada Bonda. Apa-apa pun kita tunggu penjelasan daripada Bonda sendiri nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bondarozitaibrahim, IG Xtra My
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen

