Artis / Selebriti
” Steady Ernie, sedap betul dengar.. ” – Netizen
Video Telatah Ernie Zakri Di Konti Radio Era Raih Perhatian Warganet. Part Video Ernie Cover Lagu Raya Dengan Pemanggil Tu Memang Padu Lah !!
Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Era telah berkongsi beberapa video yang memaparkan penyanyi bersuara merdu, Ernie Zakri telah dijemput sebagai artis jemputan menerusi segmen 3 Pagi Era bersama penyampai-penyampai radio iaitu Radin, Pak Azad dan Nabil Ahmad.
Menerusi video pertama, Radin telah memberitahu kehadiran Ernie di radio Era adalah mempromosikan lagu raya terbarunya. Bukan itu sahaja, telatah Ernie yang sentiasa happy go lucky mendapat pujian Nabil.
Manakala menerusi satu video lain, telah dikongsikan saat Ernie berduet lagu raya bertajuk ‘ Joget Aidilfitri ‘ bersama seorang pemanggil di talian. Pada awal video, pemanggil tersebut telah menyanyi dahulu dan disambung pula oleh Ernie.

Meskipun dalam keadaan bersahaja menyanyi lagu raya, suara Ernie sangat merdu didengar. Suara pemanggil di talian juga tidak kurang merdunya dan kelihatan Radin, Pak Azad dan Nabil kagum mendengar nyanyian Ernie serta peminatnya.
Jom tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata memberikan emoji suka terhadap perkongsian video-video Ernie di konti Radio Era dan terhibur dengan telatah comel Ernie. Antara komen menarik adalah :
” Steady Ernie, sedap betul dengar.. Comel lah, fokus tengok Ernie je time menari tu, hahaha.. Lagi tiga orang tu memang kelakar, haha.. “
Video terakhir adalah telatah Ernie bersama Radin, Nabil dan Pak Azad cuba menari mengikut lagu yang menjadi trend sekarang. Kelakar sungguh behind the scene mereka, masing-masing asyik ketawa sambil menari mengikut step. Ernie memang menceriakan suasana di konti Era.

Sekadar info, Ernie telah mendirikan rumah tangga bersama Syamel, dan pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata. Memilih nama sebagai Nur Khawla Soleha buat puteri sulung mereka, kini usia Khawla telah pun 1 tahun.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen

