Artis / Selebriti
” Sporting Kak Ninie dan Khawla layan peminat. Peramah betul Khawla, haha.. ” – Netizen

Video Ernie Zakri Dan Anaknya, Nur Khawla Soleha Ketika Bertemu Dengan Peminat Raih Perhatian Warganet. Alahai Comel Sangat Part Khawla Salam Abang Tu, Hehe !!
Umum mengetahui yang penyanyi terkenal Ernie Zakri memiliki seorang cahaya mata perempuan. Memilih nama Nur Khawla Soleha untuk anaknya, kini usia Khawla telah pun 2 tahun dan Khawla membesar sebagai seorang kanak-kanak yang lincah serta petah bercakap.
Ada sahaja video gelagat Khawla mencuit hati ramai. Terbaru meninjau di akaun Instagram milik radio Hot FM telah diulangsiar satu video yang diambil menerusi akaun TikTok memaparkan peminat bertemu dengan Ernie dan Khawla di sebuah mall.

Klik gambar untuk info..
Kedengaran suara peminat tersebut mahu menyuruh dua orang anaknya untuk bergambar bersama Ernie. Ernie dan Khawla datang dan mereka berborak bersama peminat tersebut. Kelihatan Ernie langsung tidak sombong serta ramah berborak melayan permintaan untuk bergambar.
Selain itu, Khawla juga tidak kekok dan dia turut bersalaman dengan ahli keluarga peminat itu. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat gelagat Khawla yang dikatakan begitu peramah seperti ibunya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan geram melihat gelagat Khawla melayan peminatnya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sporting Kak Ninie dan Khawla layan peminat, peramah betul Khawla, haha.. Ulang byk kali video ni tgk Khawla. Comeynya dia.. “
” Ishhhh peramah betul, langsung tak takut orang lah, hehe.. Suara Khawla sebiji Ernie, memang anak ibu betul lah Khawla, hehe.. “
” Semua yg dlm video ni comel.. Sekali ibu Khawla pun comel.. Suka tengok cara Ernie melayan peminat-peminatnya, terbaik.. “
” Comelll nyeee Erni geramm dgn abg bobottt tu kannn hahahahaha.. Kita tengok pun geramm.. Semuanya comel tau.. “
” Alahai Khawla, peramahnyaa awak.. Tak padan baru je umur dua tahun.. Matang betul tengok gelagat Khawla tu, hehee.. “
” Dah lah comel, peramah sgt pula tu, heheee memang satu Malaysia cari awak Khawla oiiii.. Hai frenn. fren amik gmbr ngn kawan2 ye.. “
” Suka plakkk dia amik gambar, hehe geramnya Khawla.. Kita pun kalau jumpa Khawla nk juga bergambar, boleh kan, hehe.. “

Klik gambar untuk info..
Bagusnya Ernie, tengok lah cara Ernie mengajar Khawla menghormati orang. Semuanya Khawla salam dan beramah mesra. Part last, comel sangat apabila semua bergambar bersama, nampak seperti Khawla seorang yang suka berkawan. Apa-apa pun semoga Khawla terus membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin