Artis / Selebriti
” Simple je baju, tapi nice sangat tengok.. ” – Netizen
Video Sekitar Majlis Resepsi Da’i Syed Dan Hana Ismail Raih Perhatian Warganet. Alahai Cantik Sangat Hana, Berseri-Seri Macam Puteri Raja !!
Semalam, pengacara televisyen, Hana Ismail telah pun selamat diijabkabul dengan pendakwah selebriti iaitu Da’i Syed di Masjid Ibu Mas’ud, Kuala Lumpur. Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail dan Hana Ismail kelihatan begitu manis mengenakan persalinan berwarna putih.
Majlis akad nikah pasangan ini telah dikongsikan bersama peminat secara langsung menerusi Live di YouTube Da’i Syed dan difahamkan mereka telah dinikahkan oleh bapa mempelai perempuan iaitu Encik Ismail Dahwan.
Terbaru, menerusi akaun Instagram XTRA telah berkongsi dua video yang memaparkan sekitar majlis resepsi Da’i Syed dan Hana yang telah diadakan pada waktu malam semalam. Memilih busana berwarna putih juga ketika majlis resepsi, kelihatan raja sehari ini tampil cantik dan segak.

Malah pada video kedua pula memaparkan Da’i Syed dan Hana sedang menjamu selera. Perkongsian video-video tersebut telah menarik perhatian warganet serta sehingga kini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka turut memberikan kata ucapan tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Simple je baju, tapi nice sangat tengok. Dah macam putera dan puteri arab lah majlis dorang. Semoga kekal bahagia, insyaallah.. “
” Cantik Hana, tak nampak pun umur 36 tahun, macam sama usia dengan Syed. Selamat pengantin baru Hana dan Syed.. “
” Meriah tengok majlis, tahniah kalian. Semoga ikatan ini akan kekal bahagia dan dikurniakan anak2 yang soleh.. “
” Hana ni dah cantik lah, tak payah makeup tebal2. Btw tahniah lah dah selamat bergelar suami isteri, moga hidup bahagia aman sentosa.. “
” Comel tengok time Hana suap husband makan tu, ada nampak masih m4lu2 lagi. Tahniah buat mempelai.. “
” Dua2 pakai jubah, Dai’ Syed pn tak nak kalah yer, haha. Cantik Hana, nampak bahagia sangat. Tahniah Hana dah bergelar isteri kepada Da’i Syed.. “
” Sekejap ye dorang bertunang. Tahniah, semoga perkahwinan ini memperolehi sakinah, mawaddah dan warrahmah, amin.. “
Alahai sweet tengok pasangan ni ketika menjamu selera. Apa-apa pun kami daripada Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Da’i Syed dan Hana yang telah selamat bergelar suam isteri. Semoga kehidupan yang baru dibina mereka ini akan mekar bahagia sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG xtra_my, umieaida9, TikTok xtra_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” Risau terpelanting kepala tu Kak Lina oiii. Aku pulak yang mengah tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” When I love your mum, I also need to get your permission.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” If we don’t get to meet you again in this dunya, Insha Allah we will.. ” – Ibu Aliff Aziz
-
Artis / Selebriti6 days ago” Memang tak sangka dalam kotak tu Jihan, sebab suara dia menyanyi lain sangat.. ” – Komen Netizen

