Connect with us

Artis / Selebriti

” Silap la buat silap depan Roy, memang kena bahan lah, haha.. ” – Komen Netizen

Video Roy Azman Menyakat Dato’ Awie Yang Sedang Makan Durian Buat Warganet Terhibur. Alamak Dato’ Awie, Tak Rock Lah Makan Durian Macam Tu. Mengekek Roy Gelakkan Dato’ Awie, Malu Member Tu Nak Makan, Haha !!

Sebut sahaja nama Roy Azman, pastinya perkara pertama yang terlintas dalam fikiran masing-masing adalah ketawa Roy. Roy suka menyakat kawan-kawannya dan ada sahaja akalnya untuk membahan tidak kira sesiapa pun termasuk lah rocker negara, Dato’ Awie.

Meninjau entry di akaun Tiktok Roy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Roy, Dato’ Awie dan rakan-rakan mereka berhenti di sebuah kedai durian. Tulis Roy, ini adalah kali pertama dia melihat orang makan durian seperti Dato’ Awie.

Jika selalunya orang akan makan menggunakan tangan tetapi berbeza dengan cara Dato’ Awie. Raja buah itu dimakan dengan menggunakan sudu dan ini menggeletek hati Roy. Ketawa Roy sahaja boleh membuatkan warganet yang menonton video ini tergelak sama.

Dato’ Awie sendiri ketawa dan merah mukanya kerana diusik oleh Roy. Kata Dato’ Awie, malu orang tengok cara makannya itu. Roy pula nerakam video gelagat Dato’ Awie sampai terpusing-pusing badan Dato’ Awie untuk menyuap durian ke dalam mulut. Semakin lama semakin kuat bunyi gelak ketawa Roy.

Jom tonton video di bawah :

@thisisroyazman

1st time tengok camni wooo haha 🤣 #wmgs #wmgsasean #wmgskl @awiealpamalo

♬ bunyi asal – Roy Azman – Roy Azman

Perkongsian ini sehingga kini telah pun merekodkan lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Silap la buat silap depan roy azman.. memang kena bahan la haha. Belum habis cakap dah gelak.. ”

” Roy azman kalau ade jangan buat benda pelik-pelik.. mampos kena bahan ngan dia haha.. Roy Azman klau bab mengena org no.1.. ”

” Pertama kali tengok dato Awie kena bahan dengan Roy, haha.. First time jugak tengok orang makan durian guna sudu, haha.. rare lah tok wie.. ”

” Malu orang tengok, jangan cita ngan orang woi hahaha.. ayat dia dekah siak.. Awie gangster pun kena bahan dgn Roy Azman.. aku pun gelak tak henti.. makan durian dengan sudu weh.. ”

” Ayat abg royyyy buat aku gelok… ayat abg awie jgn crta kat org.. adoiii satu dunia dah tahu ni bang… siot laa bang roy… ko bahan kaw2 dato awie.. ”

” Tak rock arr makan durian pakai sudu, haha.. Awie buat malu orang Batu 8 je mkn deroyan dgn sudu.. ” 

” Entah melayu mana, makan durian pakai sudu haha.. Dengan aku sekali tergelak. roy azman pulakkk haa mendapat lah ko.. kuat abang Rpy menyakat.. ”

Siapa sangka, Dato’ Awie yang muka ‘ganas’ ini makan buah durian menggunakan sudu. Tidak pernah dibuat orang makan cara ini Dato’ Awie. Sesekali apabila Roy Azman menyakat Dato’ Awie, kaw kaw terus Roy bagi. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan dan semoga pembaca turut terhibur.

Silakan SHARE..

Sumber :  Tiktok Roy Azman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT