Artis / Selebriti
” Siap kena sekeh dengan Abe Jay tu paling kelakar, haha.. ” – Netizen

Video Telatah Mek Yun Belajar Menunggang Motosikal Bersama Abang-Abangnya Buat Warganet Terhibur. Amboi Laju Betul Mek Yun Pulas Minyak. Berlari Abe Jay Kejar. Sekali kena Sekeh Dengan Abe Jay, Haha !!
Siapa tidak mengenali pempengaruh media sosial, Wee Yun Nee atau lebih mesra disapa Mek Yun. Mek Yun mula dikenali ramai ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu apabila Mek Yun sering berkongsi pelbagai video kreatif dengan bertutur fasih dalam bahasa Melayu dan dialek Kelantan.
Berbekalkan wajah cantik dan manis, kebolehan berkomunikasi yang dimiliki Mek Yun itu menjadikan dirinya semakin dikenali terutama di TikTok. Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Mek Yun telah memuatnaik naik satu video memaparkan dirinya bersama dua orang abangnya iaitu Abe Jay dan Abe Wee.
Tulis Mek Yun, kali ini dia belajar menunggang motosikal kerana masuk mengambil lesen motosikal. Akui Mek Yun lagi, sudah tiga kali dia menjalani ujian lesen motosikal namun semuanya gagal. Telatah Mek Yun bersama abang-abangnya menerusi video tersebut mengundang tawa warganet.
Manakan tidak, ketika diajar cara menunggang motosikal dengan betul, Mek Yun secara tak sengaja telah memulas laju throttle sehingga membuatkan Abe Jay mengejar Mek Yun. Sehingga kini, video Mek Yun menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur selepas menonton video Mek Yun belajar menunggang motosikal. Antara komen-komen menarik adalah :
” Siap kena sekeh dengan Abang Jay tu paling kelakar, haha.. Last tu ikit lagi kena bantai dgn selipar, lawak betul kalau tengok video Mek Yun dengan abang2 dia.. “
” Pulas laju laju tu bahaya weiiii.. Kesian abe Jay kejar tu… Siap kena ketok kepala.. tanda bahaya.. Hati hati bawak moto tu sayang ehhh.. “
” Hahahaha bekeng molek Abe Jay pung.. Comel Abe Jay pukul mek yun kt helmet.. Mek Yun pon pulas laju sangat deh motor tu.. “
” Macam aku belajar bawa moto dgn abg2 aku jugak, hahaha.. Selok kero aku tgk Mekyun keno pekong dgn abe Jay, hahahahaa.. “
” Lucu betul lah tiga beradik ni.. Comel tengok Abe Jay kejar Mek Yun.. Mek Yun sengaja pulas bagi laju nak Abe Jay lari skit, hahaa.. “
” Kenangan masa dulu tu masa nak bawa test motor yang tak lepas ialah titi perlukan keseimbangan.. Good luck Mek Yun, pasti boleh.. “
Tak kering gusi jika menonton video-video Mek Yun bersama keluarganya, ada sahaja hal kelakar akan yang terjadi. Part Abe Jay sekeh helmet tu kelakar, bertabah lah Mek Yun. Apa-apa pun semoga urusan Mek Yun mengambil lesen motor nanti akan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG mekyunn
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah