Artis / Selebriti
” Serius la, kak Dayah bertunang ke ni.. ” – Netizen
Muatnaik Gambar Dengan Seorang Jejaka, Perkongsian Balu Arwah Abam, Hidayah Dihujani Dengan Ucapan Tahniah. Wah Siapa Tu Dayah, Bakal Ayah Baru Hamzah Ke Tu. Kalau Betul, Tahniah !!
Setelah pemergian Abam Bocey, kehidupan isteri Abam iaitu Hidayah dan anak mereka, Hamzah sering menjadi perhatian warganet. Hidayah meneruskan kehidupannya bersama Hamzah dengan penuh tabah dan satu demi satu kejayaan dicapai oleh wanita ini.
Meninjau entry terbaru Hidayah di akaun Instagramnya, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Hidayah bersama seorang jejaka di atas pelamin. Hidayah kelihatan memegang sejambak bunga dan terpancar kegembiraan pada wajahnya itu.
Mengenakan busana baju kurung berwarna putih dan bermotifkan bunga berwarna biru, nampak sedondon Dayah dengan jejaka tersebut yang memakai kemeja biru gelap. Hanya Hidayah yang memandang ke arah kamera dan jejaka itu hanya kelihatan dari bahagian belakang sahaja.

Tiada sebarang kapsyen yang dituliskan oleh Hidayah dan ramai yang membuat andaian sendiri yang Hidayah sudah mengikat tali pertunangan. Ramai juga yang mendoakan kebahagiaan Hidayah dan kata mereka, Hidayah berhak untuk mencari kebahagiaannya sendiri.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Hidayah ini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semoga yang baik-baik saja untuk kak dayah.. semoga ini pilihan yang terbaik dari-Nya.. Aaminn.. ”
” Tahniah, im soo happy for you.. Alhamdulillah Dayah dah bertunang.. awak berhak,, semoga di permudah kan urusan dan bahagia hingga ke ahir hayat dayah.. ”
” Alhamdulillah tahniah Dayah.. tumpang gembira.. awk berhak utk bahagia.. semoga kebahagian sentiasa bersama dengan awak.. ”
” Tahniah dik…. moga bahagia milik awak dan abam junior. Alhamdulillah moga yg baik2 aje utk awak Sekeluarga.. ”
” Tahniah sis, lame sangat awk keseoranggan memiliki teman adalah pilihan terbaik buat awk n hamza semoga hubungan yg di bina berkekalan hingga ke jannah aamiin insyaAllah.. ”
” Serius la, kak dayah bertunang ke ni.. allhamdulillah tahniah kak dayah.. moga bhgia hngga ke akhir hayat.. aamiin.. ”
” Tahniah dik, u deserve to be happy.. moga2 bakal imam u dapat jaga u dan hamzah dengan baik. Insyallah Aamiin.. ”
Tiada sebarang respon daripada Hidayah, namun kebanyakan komen mengucapkan tahniah untuk Hidayah. Jika benar Hidayah sudah bergelar tunang orang, tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk Hidayah dan pasangan. Semoga segalanya dipermudahkan untuk Hidayah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hidayah Hamzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti3 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen



