Connect with us

Artis / Selebriti

” Semua idola, pelakon evergreen kesukaan ramai.. ” – Netizen

Video Mustapha Kamal, Mubarak Majid Dan Amran Nasaruddin Berjoget Raih Perhatian Ramai. Wah Semua Pelakon Otai Ni. Comel Je Gelagat Semua. Masing-Masing Masuk Air, Haha !!

Meninjau ke akaun Tiktok Mustapha Kamal, perkongsian sebuah video yang memaparkan Mustapha bersama dua orang pelakon legend iaitu Mubarak Majid dan Amran Nasaruddin telah meraih perhatian ramai. Ini kerana kedua-dua pelakon ini sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.

Walaupun masing-masing sudah berusia, masih ramai peminat yang masih mengenali mereka. Paling lama menyepi daripada dunia hiburan ialah pelakon Amran Nasaruddin. Rasanya sudah lama tidak melihat Amran berlakon dalam drama di TV.

Klik gambar untuk info..

Video ini dirakamkan ketika mereka bertemu di majlis hari raya. Apabila sudah sekian lama tidak bertemu, mulalah masing-masing ‘masuk air’ sehingga terakamlah video berjoget yang menghiburkan ini. Lagu yang digunakan pun nampak sesuai sahaja.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 84 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pastinya perkongsian video ini dapat mengubati kerinduan para peminat Mubarak Majid dan Amran Nasaruddin.

Jom tonton video di bawah :

@mustaphakamaal

Setelah lama tak berjumpa, akhirnya kami berjumpa di majlis hari raya, beginilah jadinya 🀣🀣🀣🀣termengah-mengah atuk/atuk semua.. kesian.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ€£ @mubarakmajid56 @amran nasrudin β€œPROJECT ATUK ATUK” Papa memakai baju melayu & samping dari @AMAR AMRAN

♬ Last Train to London – Electric Light Orchestra

Di ruangan komen, pelbagai komen yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Yg pakai baju hijau tu Amran Nasaruddin lama betul tak berlakon.. minat kt mubarak Majid tu.. best dia blkon.. sampai tua masih cute.. “

” Ceo megah holding kaki joget rupanya.. Wehhh.. akk sorang je ke tgok kasut papa megah holding tuu.. Mubarak Majid tu cm nari zapin jer.. “

” Semua idola moga sihat2 ya abg2 mustapha Kamal Mubarak Majid amrab nasaruddin.. Mereka patut diberikan anugerah… Mubarak Majid, (Arbaie) Mohd Amran dan Megah Holding.. “

” 3 org abang-abang ni pernah saya shoting bersama.Abg Amran Nasarudin Dan Abg Mubarak ni memang suka buat kelakar.Abg Mustafa Kamal ni tukang gelak besar termasuk la kami satu team.Rindu abg2 ni.. “

” Ni kdg2 share partner Megah Holdings, kdg2 seteru pun ye jugak.. Mubarak majid tu kalau berlakon dlu mesti kwin banyak.. “

” U are my lagenda. Baya mak ayah den ne. Terima kasih menghiburkan kami. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik Insya-Allah.. “

” Pelakon evergreen kesukaan ramai… tapi yg baju hijau tu pelakon yg mana eh… x perasan.. Megah ke Mengah. . Selamat Hari Rayaa.. “

Klik gambar untuk info..

Kelakar juga gelagat masing-masing. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga ketiga-tiga pelakon legend ini, Mustapha Kamal, Mubarak Majid dan Amran Nasaruddin sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan serta dipanjangkan usia. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Mustapha Kamal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT