Artis / Selebriti
” Semangatnya badan dia, putih gebu pula tu.. ” – Netizen

Video Terbaru Madammu Bersama Anaknya Yang Kini Berusia Lebih 1 Bulan Cur1 Perhatian Warganet. Alahai Montelnya Baby A, Putih Gebu Macam Mummy Dia Lah !!
Pada bulan lalu, usahawan kosmetik terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih mesra dikenali sebagai Madammu telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya iaitu seorang bayi lelaki. Madammu yang menjalani rawatan kesuburan Persenyawaan In-Vitro (IVF) selamat melahirkan anaknya pada 9 Jun 2023, hari Jumaat yang penuh barakah.
Kini telah lebih satu bulan Madammu bersalin dan sehingga ke hari ini juga Madammu masih belum mendedahkan nama dan wajah penuh anaknya yang dipangil Baby A buat tatapan umum. Meninjau di akaun Instagram noirbeauty.wana telah berkongsi satu video yang memaparkan Madammu sedang mendukung Baby A.
Menerusi video tersebut, ada yang menegur Baby A kelihatan besar seperti bayi berumur tiga bulan. Akui Madammu, ketika pergi hospital, ada jururawat mengatakan hal yang sama setelah melihat Baby A. Perkongsian video ini telah menarik perhatian para peminat Madammu.
.
Ramai yang memuji kecomelan Baby A meskipun hanya dapat melihat dari bahagian belakang sahaja dan meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat wajah penuh Baby A nanti. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan turut mendoakan kesejahteraan buat Baby A. Antara komen-komen warganet adalah :
” Semangatnya badan dia, putih gebu pula tu.. Baby A ikut mummy putih.. Semoga Baby A terus membesar dengan baik, amin.. “
” Tengok belakang pun dah tahu comel, tak sabar nak tengok muka Baby A, mesti pipi pau.. Minum susu ibu memang badan akan cepat membesar.. “
” Seronok tengok Madammu, dah ada baby, dari dlu ikut perjalanan kisah hidup Madammu.. Moga kehadiran Baby A ini akan bertambah bahagia keluarga Madammu.. “
” Rezki mdem & fmlys.. Badan semangat macam ni memang best.. Senang nak pegang.. Hehehe Baby A sekali tgk dah macam baby umur 4 bulan.. “
” A’ah besar la baby for his age.. Alhamdulillah syukur, moga sihat sokmo baby A.. Minum susu ibu memang semangat .. Madam kan bg susu badan.. “
” Mcm dah 4 ke 5 bln, alhamdulillah.. Semangat sungguh badan, sedapnya peluk.. Tgk kut belkg pon comel doh Baby A ni.. “
” Kusemangat baby ni.. Ger4m tang bontot baby A tu sdp tepuk.. Semoga baby A menjadi anak yang penyejuk buat Madammu dan TP.. “
Alahai putih gebu Baby A ni, badan pun makin montel. Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Madammu atas kelahiran anak pertamanya ini. Didoakan semoga Baby A terus membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang soleh buat Madammu serta suami.
Silakan SHARE..
Sumber : IG noirbeauty.wana, madammmu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Qalqalah, makhraj, tajwid superb. Saya yang ikut baca pun tak sempat nafas, tercungap-cungap dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aku pula sebak dengar Ayden jerit panggil YB.. ” – Komen Netizen