Artis / Selebriti
” Selamat hari lahir mommy.. ” – Fattah Amin
Fazura Kongsi Gambar Jambangan Bunga Pemberian Fattah Amin Sempena Hari Lahirnya. Cantiknya Bunga Daddy Bagi Dengan Mommy Fatima. Sweetnya Ucapan Fattah, Semoga Ada Sinar !!
Hari ini tanggal 27 September merupakan tarikh lahir pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura. Semua sedia maklum, Fazura atau pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin telah menfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin pada 13 September yang lain, sehari sebelum hari lahir Fattah.
Sambutan hari lahir Fazura bersama keluarga mungkin tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Namun, menerusi perkongsian di Instagram Story milik Fazura, telah dikongsikan gambar jambangan bunga berwarna putih dan merah jambu beserta dengan sekeping kad ucapan.
Menerusi kad itu, tertera ucapan ” Mommy, selamat hari lahir mommy, daddy doakan di hari lahir kelahiran mommy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya, (daripada) Daddy.. “

Imbas kembali, pasangan ini telah 7 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama, Nur Fatima Aisya. Kini Fatima sudah berusia hampir 4 tahun dan bakal menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke 4 tahun pada 2 Oktober akan datang.
Ikuti perkongsian di bawah :

Untuk rekod, Fattah enggan melafazkan talak ketika sebutan permohonan cerai baru-baru ini. Semoga ada sinar untuk keluarga ini. Sama-sama kita mendoakan kebaikan untuk Fattah, Fazura dan juga anak kesayangan mereka, Nur Fatima Aisya.

Di kesempatan ini, kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir untuk Fazura. Semoga pada hari ulangtahun kelahiran tahun ini, Fazura diberikan kegembiraan dan ketenangan serta semoga semua urusan Fazura dipermudahkan oleh Allah. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nur Fazura, IG fattzuralovelife
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen

