Artis / Selebriti
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
Ridzokumura muatnaik pesanan yang bari diterima daripada ibu mentuanya buat ramai tersentuh. Sebaknya baca pesanan ibu arwah Akiko, menusuk sampai ke hati..
Sehingga ke hari ini, Ridzokumura masih lagi bersedih atas pemergian arwah isteri tercinta, Akiko Okumura. Ianya cukup berat untuk ditanggung oleh Ridz, apatah lagi pemergian Akiko secara mengejut sebegini. Hari demi hari, Ridz cuba untuk meredhai takdir yang Akiko kini sudah tiada.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ridzokumura, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan kenangan Ridz bersama Akiko dan anak mereka, Sky ketika pulang ke Jepun bertemu ibu Akiko. Ridz turut berkongsikan di ruangan kapsyen cerita mengenai pesanan yang diterima daripada ibu mentuanya beberapa hari yang lalu.
Tulisan berbahasa Jepun itu adalah pesanan yang cukup bermakna untuk Ridz. Ibu mentua Ridz mengatakan Ridz dan Sky adalah insan luar biasa dan berharap hidup anak dan ayah ini akan lebih bersinar. Ridz dan Sky insan yang sangat disayanginya di dunia ini.

Memahami Ridz yang masih berduka atas pemergian Akiko, ibu mentuanya ini membuat satu permintaan untuk Ridz penuhi. Coretan ibu mentua Ridz itu meruntun hati semua yang membacanya. Betapa besarnya kasih sayang ibu Akiko untuk Ridz dan Sky.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Semuga roh Arwah isteri tercinta ditempatkan dikalangan para sollihin dan syuhadah, aamiiinn aamiiinn aamiiinn ya rabbal alamiinn .. Dekwan, didik Sky ilmu Dunia dan Akhirat, semuga jadi anak yang beriman & berilmu tinggi, aamiiinn ya ALLAH.. “
” Bergenang mata baca message daripada mentua Ridz… abang kuat ok abang… abang kuat. rindu tu pasti dtg … bila rindu zikir dan sedekah Al Fatihah buat arwah pasti rindu tu Lega.. “
” Alhamdulillah.. Sekurang2 abg masih boleh berhubung dgn ibu mertua. Sekurang2nya ada tmpt mengadu & menghilangkan rasa kerinduan pda arwah. Alhamdulillah, mak mertua abg sentiasa memberi kekuatan & berada disebelah abg & sky. Hanya Allah yg mengetahui isi hati abg, sky yg kehilangan org yg tersayang.. “
” Ya-Allah sedihnya baca kata2 mak mertua abang.. sayangnya dia pada abang.. bertuah abang dapat mak mertua macam tu walau lain agama.. betul katanya abang mesti bangkit semula.. abang mesti kuat tau.. alfatehah buat arwah kak Akiko.. semoga syurga tempat mu kak.. “
” MashaAllah, harapan seorg ibu utk menantu dan cucunya. Be strong Ridz… always.. Minta dgn Allah… bagi tenang bagi mampu menghadapi… Teruskan demi diri sendiri.. “
” Padu.. terpaling baik punyer ibu mertua walaupun berlainan agama dan bangsa tp kata nasihat dia ter’amat berharga.. “
” Sungguh indah kata-kata seorang ibu yang kehilangan satu satunya anak perempuan. Hidup berjauhan. Semoga kata kata ini menjadi semangat ya.. “
” Allahuakhbar berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko.. Such a beautiful & honest words dari mertua. Keep strong ridz.. Allah lindungilah Ridz & sky.. “
Beruntung Ridz ada seorang ibu mentua yang sangat memahami dan tidak putus memberikan kata-kata semangat untuknya. Harapan yang menggunung daripada seorang ibu yang telah kehilangan anaknya. Semoga Allah kurniakan Ridz dan Sky kekuatan untuk mengharungi semua kesedihan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita

