Artis / Selebriti
” Sedihnya baca kapsyen Dayah ni, menangis kita.. ” – Netizen

Hidayah Abam Kongsi Video Throwback Sempena Hari Lahir Arwah Abam Ke 36 Tahun Buat Warganet Tersentuh. Sebak Baca Kapsyen Dayah, Kenangan Yang Tak Dapat Dayah Lupakan Sampai Bila-Bila !!
Meninjau akaun Instagram Hidayah Hamzah, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Hidayah sedang berpadu suara bersama arwah Abam Bocey. Menyanyikan lagu dendangan asal Siti Nordiana dan Achik Spin, Memori Berkasih, perkongsian oleh Hidayah ini menyentuh hati warganet.
Tulis Hidayah, tarikh 19 Januari merupakan ulangtahun kelahiran Abam dan tahun ini genap lah usia Abam 36 tahun. Mengakui Abam adalah cinta sejatinya selama-lamanya, Hidayah memberikan pesanan kepada semua agar menyimpan kenangan bersama pasangan masing-masing.
Tiada siapa tahu berapa lama usia pasangan kita akan hidup bersama dan video serta gambar lah yang akan menjadi kenangan untuk mengubat rindu. Bertahun Abam pergi, Hidayah masih setia dan hatinya tetap terpahat nama Abam.
Kapsyen yang sayu kena pula dengan lagu nyanyian Hidayah dan Abam itu. Sudah takdir Abam meninggalkan Hidayah selamanya dan rindu itu tak akan pernah ada penghujungnya. Hanya segala memori yang mereka cipta bersama sebelum ini menjadi pelepas rindu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet, Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dayah ni setia dengan arwah sampai sekarang masih tak cari pengganti. Indeed.. kesetiaan setiap org berbeza.. ”
” Kugenggam kenangan indah, simpanlah senda gurauan… Andainya kau kerinduan. Itulah jadi penawar.. Al-Fatihah buat Abam. Moga baik2 selalu Dayah dan Hamzah.. ”
” Al-Fatihah untuk arwah.. semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman…. semoga dayah juga diberi kesihatan yang baik dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.. Aamiin.. ”
” Kita sama dayah kehilangan suami tsyg… kak doakan semoga suatu hari nnti dayah jumpa jodoh yg baik yg beriman yg blh jaga awak.. ”
” Sedihnya baca kapsyen Dayah ni.. menangis kita huhu. Alfatihah buat arwah Abam. Gemok is awesome, selamat hari lahir abam.. ”
” Innalillahiwainnailaihirojiun…. semoga arwah suami Dayah didlm teduhan Kasih Sayang Allah.. ”
” Alahai sedih nyela saya tengok….. sabar jela ye… Allah lebih sayangkan arwah Abam. Alfatihah buat arwah Abam .. semoga tenang disana.. ”
Betul kata Hidayah, kenangan yang tidak akan berulang lagi. Rasa cinta yang tak pernah kurang untuk suami tersayang. Semoga Abam tenang di sana dan Hidayah serta Hamzah dikurniakan kebahagiaan serta rezeki yang melimpah ruah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hidayah_hamzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin