Artis / Selebriti
” Sedihnya, aku pulak yang nangis sama. Rindunya anak-anak pada Abi.. ” – Komen Netizen
Video Reaksi Anak-Anak Datuk Azizulhasni Awang Ketika Bertemu Abi Mereka Setelah 4 Bulan Berpisah Buat Warganet Sebak. Masing-Masing Berlari Peluk Abi, Rindu Sangat Pada Abi. Part Anak Cakap I Miss You Tu Touching Sungguh !!
Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk memastikan dia berlatih secukupnya untuk menghadapi sukan bertaraf dunia. Segalanya adalah untuk mengharumkan nama negara dan salah satu yang perlu dikorbankan adalah masa bersama keluarga.
Menerusi perkongsian terbaru Datuk Azizulhasni di akaun Instagramnya, telah dikongsikan video yang memaparkan reaksi anak-anaknya ketika melihat Datuk Azizulhasni pulang ke rumah mereka setelah 4 bulan mereka berjauhan demi misi Sukan Olimpik Paris.
Terkejut dan gembira, itu reaksi awal anak-anak Datuk Azizulhasni ketika melihat Abi mereka ini berada di depan mata. Mungkin rasa tidak percaya Abi mereka akhirnya pulang juga. Erat pelukan anak-anak terhadap Abi mereka ini kerana semuanya merindukan susuk tubuh Abi kesayangan mereka ini.
Dek kerana terlalu gembira sehinggakan menangis anak-anak Datuk Azizulhasni sambil berpelukan. Melihat Abi hanya dari jauh dan menerusi kaca TV, kepulangan Datuk Azizulhasni ini meleraikan rasa rindu anak-anak. Tersentuh hati warganet melihat moment bahagia anak-anak Datuk Azizulhasni itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 65 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tngk la berapa besar jijo berkorban untuk negara.. 4 buln tnggl anok bini. anok2 bila ayah dia blik.. smpai nangis2 sbb terlalu rindu seorng ayah.. ”
” Alhamdulillah ya Allah . part yg touching ” I miss you ” . thank you Dato’ krna tlg membanggakan Malaysia . masa untuk spend time dgn anak² & family plk.. ”
” Saya selaku ank broken fam menangis tgk vtt ni. Buka fb sedih, buka ig sedih, buka tiktok pun sedih. Mungkin sbb faktor umur la kot . welcome back to ur family dato’.. ”
” Kenapa aku nangis haishh.. terjoin sekali tengok dia nangis. Selamat kembali ke pangkuan keluarga dato … luangkan lah masa byk2 dgn keluarga yg dato dh tinggalkan lama time training.. ”
” Skrg ni kenapa pulak air mata aku jatuh aduhhhh.. i’m.crying dato..betapa ank2 sgt2 merindukan ayahnya. terima kasih dato aats segala pengorbanan.. ”
” So touching, precious moments more than gold medal.. bangga do ank2 dia, ayah seorang champion.. ulang-ulang tengok tetap nangis.. rindunya anak-anak pada Abi.. ”
” Pengorbanan yang orang tak nampak.. sedihnya, aku pulak yang nangis sama. dia yang Abi Abi, kita yang meraung.. dato rehatlah, kembali ke pangkuan keluarga.. ”
Bukan anak-anak sahaja yang menangis tetapi warganet yang menonton juga turut berasa sebak. Besarnya pengorbanan Datuk Azizulhasni untuk negara. Anak-anak yang setia menanti Abi pulang dan anak-anak ini lah ’emas ‘ sebenar Datuk Azizulhasni. Selamat bergembira bersama keluarga Datuk Azizulhasni.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Azizulhasni Awang
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedihnya tengok video Nyamma, terus menitik air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sebak tengok gambar dan baca kapsyen macam ni. Ada sesuatu yang Faz tak terluah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adoi Datuk Yusof perform dah molek sangat dah. Yang aku tak tahan tu si Lina kepom tu haha, i like.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mana ada orang kahwin dalam masa 2 minggu. Tak tahu TP, dia mari angin gila dia.. ” – Madammu
-
Viral6 days ago
” Santai sangat nyanyi ni dik. Kalau orang lain dah nak putus urat tekak tarik tinggi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Shila memang power, dengar sambil tutup mata awesome weh. Meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedih dan sayu pula tengok Fatima dengan daddy. Tak lepas Fatima genggam tangan daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lama dah Unuk nak nyanyi lagu ni, kena tahan. Sekali bagi, dia all out terus.. ” – Komen Netizen