Artis / Selebriti
” Sedih tengok kenangan yang ditinggalkan.. ” – Komen Netizen
Gambar kenangan arwah Zara Qairina pergi memancing bersama ibunya undang sebak ramai. Tiada lagi suara panggilan Zara yang teruja melihat hasil tangkapannya..
Meninjau ke akaun Facebook Santai Jer, perkongsian beberapa keping gambar yang memaparkan kenangan arwah Zara Qairina bersama ibunya memancing ikan telah mengundang sebak ramai orang. Zara sememangnya gemar memancing di jeti tersebut.
Kini semuanya hanya tinggal kenangan, tiada lagi senyuman manja Zara menanti ibunya memancing ikan, tiada lagi tangan yang menghulurkan umpan dan tiada lagi suara lembut Zara. Kini jeti tersebut sunyi tanpa kelibat Zara lagi bersama si ibu.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan dapat dilihat betapa gembiranya Zara dapat memancing ikan. Ibunya turut berkongsi gambar hasil tangkapan ikan oleh Zara yang begitu banyak sekali. Pastinya moment ini akan sentiasa dirindui oleh ibunya.

Perkongsian ini telah menerima lebih lima ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Hanya gambar dan kenangan yang menjadi ingatan buat ibunya apabila merindui akan anaknya. Rindu yang tiada penghujungnya.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang berasa sebak melihat perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Sedih tengok kenangan yg d tinggalkn.. wahai si pembun0h bersenang lh engkau selagi ad masamu…. tiba waktu yg kami tunggu2 pasti duniamu akn gelap selama lamanya… “
” Byk petanda ank puan di tmpt yg baik dan dia akn tarik tgn puan ke tmpt dia 1 masa nnt..dia dan puan sgt beruntung…tp pe2 pn keadilan mst di tuntut…org yg brsalah wajib mndapat hukuman setimpal.. ”
” Sebak nya hati…. Dari famili yg mungkin serba sederhana.. Di buli golongan kayangan. Semoga bahagia disana bidadari milik semua yg menyayangi mu… “
” Allahuakhbar. Aku rase anak manis ni manusia paling hebat buat masa sekarang. Setiap pelusuk sudut yg baik dan Terbaik semua untuk dia.. “
” Saya tak dapat kata apa2 sungguh sesak hati seorang ibu ya Allah berilah kekuatan pada ibu arwah adik Zara.. this is me after every post about my beloved late zara kesayangan.. “
” Ku harap sgt2 pembuli tu tak akan tenang hidupnya dan sentiasa dihantui oleh perbuatan kejamnya sampai jadi gila dan tak siuman.. “
” Ya Allah sakitnya berpisah dengan anak tersayang. Hanya kenangan saja yang tinggal untuk c ibu buat pengubat rindu.. “
Walaupun masa berlalu, memori itu tetap hidup dalam ingatan, menjadi pengubat rindu dan bukti bahawa kasih ibu adalah warisan yang kekal abadi. Semoga roh Zara ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman. Semoga keadilan yang ditegakkan menjadi ketenangan buat keluarganya serta teladan buat kita semua.

Silakan SHARE..
Sumber : FB Santai Jer
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin

