Artis / Selebriti
” Sedapnya suara anak beranak ni. Ada yang terberanak dekat situ kang, haha.. ” – Komen Netizen
Video Sharifah Shahira dan anaknya Tallisya menyanyi lagu arwah Siti Sarah, Kesetian raih perhatian ramai. Wah tengah sarah hamil pun, suara Tallisya sedap macam ni. Lawak lah Shiera asyik mengusik je anak tengah menyanyi. Nasib tak beranak kat situ, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shiera Ijoy, telah dikongsikan video yang memaparkan nyanyian anaknya yang bernama Tallisya. Walaupun Tallisya kini sedang sarat hamil anak sulung, namun masih mampu menyanyi dengan cukup baik.
Tallisya sememangnya mewarisi bakat nyanyian bapanya, Jatt Ali. Tambahan pula, Tallisya pernah keluar dengan single berjudul Sebuah Bahagia. Gelagat Shiera ‘membuli’ Tallisya untuk menyanyikan lagu dendangan asal arwah Siti Sarah Raissuddin, Kesetiaan mencuit hati warganet.
Menerusi perkongsian berikutnya, Shiera memuatnaik video nyanyian Odah pula. Odah menyanyi secara santai sahaja sambil duduk di atas sofa. Dapat didengari Odah memiliki tone suara yang bagus dan boleh digilap lagi untuk menjadi penyanyi.

Kata Shiera, mereka kini dalam mood confident untuk menyanyi walaupun suara tak berapa merdu. Tallisya pula kena paksa menyanyi untuk berlatih pernafasan baru lah senang hendak bersalin nanti. Macam-macam ragam sungguh tetapi maknya yang terlebih lincah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Go Odah go.. sedap suara Odah.. pandai dia nyanyi.. Hantar kelas kak biar lebih mantap skil, syg tone suara sedap.. “
” Sedapnya suara Odah.. Strong instinct mengatakan Odah bakalan jadi the next comedy queen jua nampak gayanya. But her singing voice nice jua.. “
” Sekarang ni kita dah tak perlu malu kalau menyanyi kita tak sesedap mana sebab ada geng haha.. “
” Kak shiera Minta dia jalan kaki Dr klcc ke rumah… Kompom cucu keluar cepat.. moga semua senang Dan selamat aamiin aamiin aamiin.. “
” Sedap suara anak Jatt ni. moga dipermudahkan segala urusan buat talisya bersalin ntt .. kak rara nak dapat cucu tak lama lagi.. “
” Ada yang terberanak dekat situ kang haha.. Sedapnya suara anak beranak ni.. Back up semua tak memalukan Malaysia.. ehh haha.. “
” Ingatkan kak rara bleh buat suara ella je, tapi nyanyi ballad pun sedap yaa.. mak dia aksi lebih haha.. “
Menyanyi suka-suka pun sedap suara Shiera dan anak-anaknya itu. Masing-masing ada bakat dalam nyanyian. Seronok melihat gelagat Shiera menyakat Tallisya. Senang beranak nanti apabila banyak bermain dengan kawalan nafas, maknya ada banyak pengalaman. Apa-apa pun, semoga urusan Tallisya untuk melahirkan nanti berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shiera Ijoy, Tiktok Lanaianggunecosky
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Love sangat Janam Janam versi Hussain ni. Ni la penghibur, semua dia tapau.. ” – Komen Netizen

