Artis / Selebriti
” Sedap suara, menyanyi pun sampai ke hati.. ” – Netizen
Nyanyian Peserta Noorfilzah Mohd Sidek Di ICSYVMY3 Edisi Raya Memuk4u Ramlah Ram Dan Semua Penonton. Mendayu-Dayu Dan Gemersik Sangat Suara, Orangnya Pun Cantik Manis !!
Rancangan hiburan I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 sudah pun melabuhkan tirainya baru-baru ini. Namun sempena Syawal, rancangan ini dirakamkan khas 1 episod istimewa. Masih mengekalkan konsep yang sama, ICSYVMY Raya menampilkan 6 orang peserta.
Pada episod khas ini, penyanyi lagenda Ramlah Ram dijemput sebagai artis jemputan. Perlu memilih siapa penyanyi sebenar dan siapa penyamar, episod kali ini menampilkan juri penyiasat jemputan untuk membantu Ramlah membuat keputusan iaitu Scha Alyahya dan Awal Ashaari.
Juri penyiasat tetap, Jihan Muse, Yusry KRU dan Mark Adam menjalankan tugas mereka seperti biasa. Memberikan pandangan kepada Ramlah, banyak adegan lucu yang terjadi. Para peserta juga bijak memainkan peranan masing-masing sehingga membuatkan Ramlah keliru untuk membuat keputusan.

Menerusi akaun Instagram TV3 Malaysia, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan persembahan peserta bernama Noor filzah. Perwatakan ayunya mengaburi panel juri, namun apabila suaranya diperdengarkan, semua terkej0t dengan kelunakan suaranya itu. Alahai merdu sungguh !!
Jom tonton video di bawah :
Lantunan suara Filzah ini menarik perhatian ramai netizen. Antara komen-komen mereka :
” Sedap suara.. Nyanyi pun sampai ke hati, tiba-tiba menitik air mata.. Adeh.. “
” Sedapnya suara dia.. “
” Sedap wehh suara dia.. “
” Sedap gil4 suara dia.. “
” Sedap suara macam penyanyi profesional.. “
Tak dinafikan suara Filzah ini begitu gemersik dan mengasyikkan didengar. Juri pun memberikan tepukan gemuruh pada persembahan Filzah ini. Apa pun, moga Filzah maju jaya dalam kerjaya dan dipermudahkan untuk menonjolkan lagi bakatnya itu di masa hadapan. Aamin

Betul-betul merdu dan lunak suara Filzah ini. Andai bergandingan dengan penyanyi asalnya Ayda Jebat pasti meriah pentas. Para juri pun ikut terbuai dengan suaranya yang mendayu itu. Apa pun, semoga Filzah berpeluang untuk lebih menonjolkan bakatnya itu dan melangkah lebih maju dalam bidang seni suara pada masa hadapan. Aamin..
Tonton video penuh di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG TV3 Malaysia, Youtube Channel TV9 Malaysia Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti10 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

