Artis / Selebriti
” Sedap suara Meerqeen, macam tak dapat beza dengan penyanyi asal tadi.. ” – Komen Netizen
Video Meerqeen menghiburkan peminat dengan nyanyian lagu Dato” Jamal Abdillah, Penghujung Rindu ketika percutian mereka raih pujian ramai. Wah merdunya suara Meerqeen. Part low note tu sebijik macam Dato’ Jamal..
Meerqeen antara salah seorang hero remaja yang mencipta nama dalam industri seni tanahair. Bakat lakonan Meerqeen menyerlah dan menaikkan namanya sebagai pelakon pelapis yang berbakat. Selain berlakon, Meerqeen juga mempunyai bakat nyanyian dan untuk info, Meerqeen merupakan anak saudara kepada penyanyi Safura.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Xtra, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Meerqeen menghiburkan para peminatnya dengan sebuah nyanyian. Meerqeen bersama 30 peminat bertuah termasuk peminat dari negara jiran, Indonesia, Brunei dan Singapura bercuti di Villa D’Acqua Melaka.
Bukan selalu dapat melihat Meerqeen menyanyi secara terbuka seperti ini melainkan ketika live. Lagu dendangan asal Dato’ Jamal Abdillah berjudul Penghujung Rindu dinyanyikan oleh Meerqeen secara santai. Ramai yang memuji low note Meerqeen yang sedap dan merdu.

Ada juga yang mengatakan suaranya seakan suara Dato’ Jamal. Para peminat juga sangat sporting dan turut menyanyi bersama-sama Meerqeen. Ketika chorus, Meerqeen berhenti seketika dan para peminat menyambung nyanyiannya itu. Kenangan manis peminat bersama Meerqeen yang tidak akan dilupakan.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 2000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah sedap dengar suara meerqeen nyanyi.. boleh try jadi penyanyi pulak nanti.. Sedap suara meerqeen. Semoga dapat joint meet n fans with Meerqeen one fine day.. “
” Masuk the mask singer Malaysia nnt tau Meerqeen.. sedap suara, ada lunak dia.. boleh gilap lagi ni.. nak part chorus.. “
” Wah Meerqeen belanja suara lah.. sama pulak tu dengan suara Dato’ Jamal.. berbakat pewaris mak saudara dia Safura.. “
” Sedap eik suara dia.. come on, mak sedara dia Safura kot.. suara mantap walaupun santai santai je nyanyi.. “
” Sedapnya suara sungguh la.. Meerqeen you dah lah good looking suara plak sedap. Semoga you dpt wanita soleh yg baik.. “
” Sedap suara macam tak dapat beza dengan penyanyi asal tadi.. Part high key. Terus diam hahaha. Nyanyi santai2. Merdu.. “
” Mak aii sedap nau suara.. tak tahu pulak suara dia sedap, lagi lagi lagu ni ek.. dah la helok.. badan ketoi².. suara plak sedap.. alahai melting achik.. “
Boleh tahan lunak dan merdu suara Meerqeen, cuma perlu mengasah lagi vokalnya supaya boleh membawa high note dengan baik. Apa-apa pun, satu persembahan yang terbaik daripada Meerqeen untuk semua peminat yang hadir dan semoga Meerqeen terus maju jaya dalam karier seninya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtra, Tiktok Xtra
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

