Artis / Selebriti
” Sedap namanya, seindah maksudnya juga.. ” – Netizen

Genap Seminggu Dilahirkan, Datuk Yusry Abdul Halim Kongsi Nama Anak Ketiganya Yang Unik. Wah Indah Sungguh Maksudnya. Legasi YLs !!
Minggu lalu, Datuk Yusry Abdul Halim telah memaklumkan berita gembira kelahiran cahayamata ketiganya bersama Datin Lisa Surihani. Dikurniakan seorang lagi bayi lelaki, kelahiran bayi ini turut jat0h pada hari yang sama dengan hari lahir Yusry sendiri.
Baru sahaja semalam, Yusry berkongsikan sekeping gambar terkininya bersama semua anak-anaknya iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan si kecil yabg baru lahir. Lisa juga berkongsikan gambar yang sama sempena hari bapa semalam dan memaklumkan nama timangan bayi itu sebagai Lang.
Meninjau entry terkini di akaun Instagram Yusry, satu posting baru dimuatnaik yang memperlihatkan Yong dan Yeop meriba adik mereka ini. Yusry menulis di kapsyennya mengatakan bayi kecil mereka itu sudahpun 7 hari usianya.
Yusry mengumumkan nama bayi ini sebagai Yunos Laith bin Yusry dan maksud di sebalik nama ini juga ada dicoretkan. Yunos adalah salah satu nama para Nabi manakala Laith pula membawa maksud singa.
Jom baca perkongsian di bawah :
Pangkal nama YL pastinya akan menjadi trademark untuk anak-anak Lisa dan Yusry. Yahaira, Yusof dan kini Yunos pula. Ini mendapat perhatian peminat dan antara komen-komen mereka :
” Assalamualaikum Yunos. Semoga membesar menjadi anak yang soleh Yunos. Lebatnya rambut Yunos, congrats YLs.. “
” Sedap namanya seindah maksudnya juga. smoga baby yunos laith menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akh1rat.. “
” Walaikumsalam, Congratulations Abang yusry abd halim dan Akak lisa surihani. Comei Yunos ger4mnya, rambut sama macam abang Yeop lah.. “
” Congrats lisa and yusry. cutenya all your kids. Yong makin manis mukanya. Baby Yunos pun lebat rambutnya. Nama yang sangat indah, Yunos Laith.. “
” Masya Allah sedapnya nama. Maksud yang indah dan pastinya Yunos akan jadi seberani sang singa. Semoga menjadi anak yg soleh. Yunos Laith.. “
” Alhamdulillah welcome Yunos. May Allah always bless you and all your family members. Uncle doa kan agar awak dan adik beradik awk mnjdi ank yg soleh dan solehah.. “
” Bourrr, Somehow i KNEW his name would be Yunos. comel akak dan abg dia, nama baby pun cantik. Yunos Laith very good name, agar membesar sehat & menjadi anak yg soleh.. “
Nampak gembira wajah Yong dan Yeop bersama adik mereka. Semoga Yunos membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Yusry Abdul Halim, Lisa Surihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen