Artis / Selebriti
” Sebutan dia memang jelas, suara pun dah macam penyanyi asal.. ” – Netizen

Video Sharif Zero Menyanyikan Lagu Hindustan Dalam Filem Kaho Naa Pyar Hai, Chandre Sitare Buat Ramai Kagum. Wah Padu Lah Suara Sharif, Sebijik Macam Suara Penyanyi Asal. Merdu Sungguh !!
Meninjau ke akaun Tiktok Sharif Zero, perkongsian sebuah video yang memaparkan Sharif menyanyikan lagu hindustan berjudul Chandre Sitare antara salah satu lagu dalam filem Kaho Naa Pyar Hai telah meraih perhatian ramai. Ramai memuji nyanyian Sharif yang cukup merdu dan sedap didengar.
Sharif sememangnya boleh menyanyi dengan baik kerana sebelum ini Sharif pernah menyanyikan lagu popular Anuar Zain berjudul Mungkin. Nyanyian Sharif ini menjadi tular di media sosial kerana suara Sharif yang merdu dan persis Anuar Zain.
Ternyata Sharif sangat berbakat dalam bidang nyanyian kerana boleh juga menyanyikan lagu hindustan dengan baik. Jika hanya mendengar suara nyanyiannya sahaja pastinya ramai menyangkakan itu adalah suara penyanyi lagu asal.
Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampaknya Sharif boleh juga merakamkan album lagu pula selepas ini kerana kemerduan suara Sharif menerima pujian ramai orang.
Jom tonton video di bawah :
@zero.official chande sitare #fyp #bollywoodsong #bollywoodcover #kahonapyarhai
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Sharif. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Sharif kalau nyanyi lagu hindustan mmg sedap suara… macam penyanyi asal lah erkk.. jarang x padu Salam dari sarawak Borneo bg sharif.. “
” Lagu2 hindi zaman ni byk jg sa hapal dlu hantu hindi.. skrg yg baru2 ni xlayan da.. layan balik yg lama .. paling manang ko bos ku..mcm original.. “
” Everyday sy tggu live buyaaa..tq buya always bg hiburan.. sebutan die MMG jelas.. suara pun dah MCM penyanyi asal.. “
” Lagu terpaling sedap ni abg sarip.. harap tt nda kasih mute lagilah.. kadang² mcm xcaya yg sharif ni sabahan sebab sedapnya hindustannya.. “
” Lagu ni dgn lagu anuar zain best klu sharif cover.. wahhh sy suka nyanyi lg lagu nustan.. part hmmmm tu sedap gila bang.. “
” Omgggg bestnyeeee..fav song n fav film..kaho na pyar hai.. ni kompom penyanyi asal ikut dia.. memang makanan sharif klau lagu² bollywood ni.. “
” Suka dgr abg Sharif nyanyi lagu Hindustan,suara dia versatile… saya mmg minat Hindustan dari umur 7 thn… mula citer Bobby… All the best abg… don’t give up.. “
Wah, jika anda mendengar suara nyanyian Sharif sahaja, pastinya anda tidak menjangkakan ini suara Sharif. Serupa sama seperti suara penyanyi asal. Suara Sharif sememangnya sangat versatile dan semoga Sharif terus berjaya dalam industri hiburan tanah air.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sharif Zero
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Bila dia sebut inspirasi daripada Umi dia, terus laju je aku menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Saya rindukan Walid, Umi dan adik-adik tapi mereka semua dah tiada.. ” – Putri Qisya
-
Viral2 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen