Artis / Selebriti
” Sebak rasa, aku menangis tengok Kak Lina pujuk adik ni.. ” – Komen Netizen

Video Elly Mazlein Melawat Adik Alisa Yang Menghidap Kanser Mata Buat Ramai Sebak. Part Kak Lina Belikan Gula-Gula Untuk Adik Alisa Betul-Betul Buat Ramai Tersentuh !!
Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian beberapa buah video yang memaparkan Elly Mazlein pergi ke Labis untuk bertemu dengan adik Alisa yang menghidap kanser mata telah membuatkan ramai berasa sebak. Adik Alisa pernah tular sebelum ini dan pernah membuat sesi live bersama Acap S di Tiktok.
Ketika sesi live tersebut, bapa adik Alisa berkongsi cerita anaknya itu sering meminta untuk duduk di dalam peti sejuk kerana kepanasan akibat kesan kemoterapi. Pada masa sekarang, bapa adik Alisa bekerja di estet, manakala ibunya tidak bekerja.
Elly meluangkan masa bersama adik Alisa dengan membawakan beberapa permainan dan juga membelikan gula-gula buat adik Alisa. Adik Alisa kelihatan begitu gembira apabila menerima pelbagai hadiah daripada Elly walaupun matanya tidak nampak.
Perkongsian video-video ini telah menerima lebih puluhan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dalam tempoh satu jam yang lalu. Sepanjang pertemuan bersama adik Alisa, dapat dilihat Elly menahan rasa sebak apabila melihat keadaan adik Alisa.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang berasa sebak melihatkan keadaan adik Alisa. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Apasal aku nangis tengok kak lina pujuk adik ni..kak lina mmg seorang ibu yg penyayang.. Sama lah nenek pun pejuang kanser, moga cepat sembuh Alisa.. “
” Sebak pulak rasanya semoga adik Alisya baik2 aje ya.. Semoga Allah cepat memberi kesembuhan kepada anak syurga ni.. “
” Aku boleh menangis.. adoi barai betoi laaa… mmg keibuan betul la kepom ni… semoga adik cepat sembuh n pada kak lina allah saja yg membalas kebaikan anda.. “
” Semoga Allah kurniakan kesembuhan segera utk adik ni dan permudahkan segala urusan keluarga adik ye. Nampak ikhlas tu menusuk2 kakpom. Mata kita masuk habuk.. “
” Sedihnyer,semoga cepat sembuh ye sayang. Ya Allah. angkatlah penyakit Alisa. Sembuhkan segala penyakitnya.. Dia nya potong bawang sampai sini.. “
” Allah…. Tak boleh lah gini. Mengalir je air mata.. Mga ada keajaiban utk adek Alisa.. mga diberikn kesembuhan.. Tgk dia belai tu.. aduhh penuh kasih syg.. “
” Allahuakbar.. semoga Allah beri kesembuhan sepenuhnya.. tiada yg mustahil dari Allah swt maha kaya penyayang penyembuh.. “
Kami di Berita Kopak mendoakan agar adik Alisa diberikan keajaiban untuk sembuh daripada penyakit yang dihidapinya. Semoga adik Alisa dijauhi daripada kesakitan oleh penyakit dihidapinya dan membesar dengan sihat serta ceria. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedihnya, apa perasaan ex husband Erma dengar macam tu ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen