Artis / Selebriti
” Saya dah jawab segala yang musykil dalam hati kalian.. ” – Datin Alyah

Video Datin Alyah menjawab semua kemusykilan warganet mengenai status dan nasab Tok Ram bersama anak mereka, Nur Izzara. Akhirnya Alyah dedahkan juga siapa Zara yang sebenarnya..
Kehidupan Datin Alyah dan Dato’ Ramli MS semakin bahagia sejak kehadiran anak perempuan mereka, Nur Izzara atau mesra dipanggil Zara. Ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Zara dan bagaimana Datin Alyah mendapatkan Zara. Sejak Datin Alyah mengumumkan secara rasmi mengenai anak angkatnya ini pada tahun lalu, persoalan demi persoalan diutarakan oleh warganet.
Meninjau entry di akaun Instagram Datin Alyah, telah dikongsikan satu posting yang memaparkan video Datin Alyah bersama Zara. Datin Alyah juga turut menulis coretan panjang pada kapsyennya kali ini. Untuk kesekian kalinya, Datin Alyah mendedahkan siapa Zara sebenarnya.
Zara bukan diambil dari mana-mana rumah kebajikan atau pun rumah anak yatim. Zara adalah anak saudara Datin Alyah sendiri. Ramai yang menghantar pesanan meminta nasihat bagaimana cara untuk mengambil anak angkat. Ada juga yang mempersoalkan mengenai aurat Zara bersama Tok Ram kerana statusnya bukan anak kandung.
Terang Datin Alyah, Zara telah disusukan olehnya dan mengikut hukum, status Zara dan Tok Ram sudah seperti bapa dan anak kandung. Datin Alyah turut berterima kasih kepada semua yang prihatin terhadap dirinya, Tok Ram dan Zara serta berharap penerangannya ini menjawab semua persoalan warganet.
Jom tonton video di bawah :
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@alyah81official Semoga Allah swt dorongkan kita jalan jalan Terbaik baginya dan pintu pintu Rahmat darinya 🤲 #fypシ゚viral #fypシ #fyp #alyahthecutesinger #alyahizzara
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Saya ada dua anak angkat .. dua2 tak dirancang.. Allah bagi rezeki waktu umur saya 24thn dan 26thn.. sorang lelaki dan sorang gurl .. Alhamdulillah sekarang dah sek men.. dua2 disusukan kakak2 saya.. “
” Saya pun jaga anak saudara belah suami. dri umur 21 hari. alhmdulilah skrg da 12 thn.. sayang kakak.. “
” Patut lah muka Zara ada iras Datin Alyah .rupanya darah daging juga. Sy doakan Datin, Tok Ram sertai anak come ini dlm lindungan Allah sentiasa. Yakinlah perancangan Allah yg Terbalik. Abaikan komen negatif tu.. “
” Patutla muka zara dan datin alya ada persamaan mcm ibu dan anak.. Semoga kebahagian antara Alyah dan Tok Ram makin erat dengan hadirnya Zarra penyeri rumahtangga.. “
” Dah besar Zara…cute sgt dia. Supaya menjadi anak yg solehah besar nanti.. alhamdulillah… Allahuma Ya Bariqq… insyaallah inilah pengaturan, perancangan & penganugerahan yg terbaik buat awk sekeluarga… aamin.. “
” bagusnya Datin Alya jwp… ada yg org tanya, tp jdi bitter.. Alhamdulillah, byk jwpan yg tertanya-tanya.. “
” Rezeki zara dpt mak alyah dn bapa tokram. Muka sama muka Datin. Comel do’oh.. alhamdulillah.. sekali tengok auto jadi muka tokram zara ni comel.. “
Alhamdulillah terjawab semua persoalan yang menjadi teka teki di hati warganet semua. Bukan sembarangan Datin Alyah mengambil anak angkat dan Zara adalah insan bertuah yang ditakdirkan untuk menghiasi hidup Datin Alyah dan Tom Ram. Semoga isu ini tidak lagi diungkitkan oleh warganet dan sama-sama kita mendoakan Datin Alyah serta keluarga bahagia selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Alyah81official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” Ya Allah, arwah macam dah dapat rasa dia nak pergi buat selamanya.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Jika bas bergerak kelajuan biasa pun dia takut, apatah lagi jika bas itu bergerak laju.. ” – Kakak Nurly
-
Viral2 days ago
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya, dia rela korbankan diri dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Gambar terakhir arwah bagi saya.. ” – Teman Nur Dalila Farhana
-
Viral4 days ago
” Patut arwah hebat, tak pandang harta dunia. Syurga untukmu Nurly, nama seindah amalanmu.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” AllahuAkbar dengan kawan lelaki pun soft spoken, bagusnya arwah. Nangis baca surat tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Takdir tak mengizinkan kita jumpa depan-depan, tapi saya tahu awak dengar apa yang saya cerita.. ” – Gadis S