Artis / Selebriti
” Saya dah agak dah, tengok dekat konsert Dewa 19 hari tu dah nampak.. ” – Netizen

Muatnaik Video Umum Berita Gembira Shila Amzah Kini Sedang Hamil, Perkongsian Ubai Dan Shila Dihujani Dengan Ucapan Tahniah. Wah Seth Dah Nak Dapat Adik. Alhamdulillah Rezeki Tahun 2024 !!
Benar kata pepatah, selepas ditimpa hujan dan badai, pasti ada pelangi indah yang menanti. Begitu lah kehidupan Ubaidillah dan Shila Amzah. Tahun 2023 membawa banyak suka dan duka buat pasangan ini. Bermula dari pertunangan, kehilangan ahli keluarga dan diakhiri dengan majlis perkahwinan mereka.
Meninjau akaun Instagram Ubaidillah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan moment kehidupan mereka itu. Beberapa hari sebelum majlis perkahwinan Ubai dan Shila berlangsung, ibu Ubai telah dijemput Ilahi dan ini memberi tamparan buat Ubai.
Ibu yang paling bersungguh mahu melihat Ubai dan Shila bernikah akhirnya tidak sempat melihat majlis anaknya ini. Tahun yang sukar namun semuanya dilalui mereka bersama-sama. Memulai tahun 2024 dengan perkhabaran yang indah, Ubai memaklumkan sesuatu menerusi postingnya ini.
Alhamdulillah Shila kini sedang hamil cahayamata mereka dan Shila menerangkan mengapa baru sekarang mereka kongsikan kepada umum. Tiada sebab lain hanya ingin memastikan kehamilannya benar-benar stabil dan tenang sepanjang awal kehamilan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sha nmpk glow bila dngn ubai.. btw alhamdulillah tahniah. Moga yg baik2 aje utk kandungan dan sha.. love u sha.. Alhamdulillah seronoknya dengar.. “
” Aaaaaaa alhamdulillah congratulations love birds.. semoga dipermudahkan segala urusan, semoga baik baik only throughout the pregnancy and after aamiin.. “
” Bila wanita ditangan org yg hati jiwa perasaan dan fikirannya bersih dan ikhlas. Terserlah seri sang wanita tu, congrats both of u. Semoga dipermudahkn segala urusan. Amin.. “
” Alhamdulillah sha & ubai.. Semoga dipermudahkan segala urusan korg berdua & future baby.. Alhamdulillah, Tahniahhhhh, BarakAllah.. “
” MasyaAllah kashaa alhamdulillah aku seneng dan terharu bangeeet aku denger kabar ini.. sehat dan bahagia selalu untuk kasha dan keluarga aamiin.. “
” Alhamdullilah congratulations both of you.. sy da agak da.. tengok dkt dewa 19 harito da nampak.. tahniahhhh tahniahhhhh.. Masya Allahhhh suka tengok.. “
” Semoga rumahtangga kalian kekal bahagia sehingga Jannah. Aamiin.. Alhamdulillahh syukurrr, Mogaa Allah pelihara.. semoga baik2 smpai melahirkan. big brother seth.. “
Rezeki buat Ubai dan Shila, semakin meriah lah rumah dengan pertambahan ahli baru nanti. Seth bakal ada adik nanti, tentu Seth paling gembira. Kami di Berita Kopak, tahniah dan semoga segala urusan Shila sepanjang proses kehamilan sehingga selamat melahirkan nanti dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ubaidillah, IG Shila Amzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Best duet ni, umpama klon suara Siti Nurhaliza dan Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Steady Rina, yang penting tak panik. Bertuah betul, anak bijak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen