Viral
” Sampai menggigil-gigil tangan dia nak bercakap. Sedih tengok dia confess macam ni.. ” – Netizen
Video Pengakuan Seorang Lelaki Ditinggalkan Isteri Dan Terpaksa Beraya Seorang Kerana Khilaf Dirinya Sendiri Buat Ramai Yang Simpati. Bukan Mudah Lelaki Hendak Turunkan Ego Dan Minta Maaf Secara Terbuka. Sedih Tengok, Pulanglah Wahai Isteri !!
Team Pagi Era, Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin telah pun bersiaran secara live malam tadi dari Jalan TAR. Penyampai Era ini meluangkan masa untuk beramah mesra bersama pengunjung yang ke situ untuk mencari kelengkapan raya seperti baju raya dan kuih raya.
Meninjau akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan salah seorang pengunjung bernama Salman bercerita mengenai kekesalannya terhadap isteri. Salman mengakui dia bersalah kerana berhenti kerja tanpa memberitahu isterinya dan mendapat akibat daripada tindakannya itu.
Dalam suara terketar-ketar menahan sebak, Salman memohon kemaafan kepada isterinya kerana tidak memberitahu mengenai hal tersebut. Kini, isterinya sudah pun membawa diri pulang ke kampung di Sarawak dan tinggallah Salman seorang diri untuk menyambut hari raya.

Nabil dan Pak Azad menenangkan Salman dan memberikan kata-kata semangat. Sekiranya isteri Salman mendengar permohonan maaf Salman ini, diharapkan si dia akan pulang ke pangkuan suami. Mungkin ada salah faham yang terjadi maklumlah pasangannya masih muda dan bergelar pelajar.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet. Ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki ini dan antara komen-komen yang diberikan :
” Air muka suami yang baik. Smpai mnggigil2 tgn dia nk becakap.. Semoga dipermudahkan urusan brother kita ni. Amin.. ”
” Ssh utk org lelaki meminta mff tundukkn ego dpn org rmai smg abg ni sntiasa dlm lindungan Allah ssh xselamanyaaa ssh, tuhan xkn prnh uji hambanya jika dluar kemampuan.. smg ada kebahigan milik anda brdua dn dlimpahkn rzki sprti air sungai yg mngalir.. ”
” Lelaki memilih untuk pendam, risau yang tersayang risau atau ditinggalkan. Semoga dipermudahkan bang.. ”
” Gigil dia sambil nk ucap maaf, sedih nya tgK . kalau dia sanggup rendahkan ego dia , percaya lah dia betul betul sayang kau . Laki dengan ego memang susah nak runtuhkan.. Semoga dipermudahkan urusan.. ”
” Betul betul nampak sayangg tu. kuat ye bang.. sakit tgok abg tu nk luahkn prasaan dia smpai shaking2 tgn dia.. ”
” Sedih dan sebak tengok dia confess begini. Bertapa sygnya dia pd si isteri, sejenis xkan tglkan isteri wlpn mcm mana keadaan.. ”
” Ni lah malam tadi dgr kat radio.. sedihnya.. pulanglah wahai isteri.. kadang suami malu nak bagitau yang dia berhenti kerja.. ”
Betul kata Nabil, sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Kehidupan berrumahtangga ini banyak dugaannya dan yang penting antara suami dan isteri adalah kejujuran. Semoga ada sinar dan jalan damai untuk Salman bersama isterinya itu dan didoakan Salman akan mendapat pekerjaan baru secepat mungkin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku hati dah tak sedap dan memang bila aku bawak Sarah turun.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” So tak salah pun bila saya nak cakap macam tu, bagi saya agak salah lah kalau.. ” – Hussain



