Artis / Selebriti
” Rasanya untuk pulih sampai bila-bila pun mungkin tidak.. ” – Mimi Lana
Video Jawapan Mimi Lana Apabila Disoal Tentang Emosinya Selepas Pembatalan Pernikahannya Dengan Syafiq Kyle Buat Ramai Tersentuh. Bertabah Lah Mimi, Tiap Apa Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah !!
Umum mengetahui, hubungan antara pelakon serasi, Syafiq Kyle dan Mimi Lana sudah pun berakhir. Hampir mendirikan rumahtangga, namun perancangan mereka untuk ke jinjang pelamin terbatal hanya beberapa minggu sebelum majlis akad nikah dilangsungkan.
Namun kedua-duanya tidak memberi sebarang kenyataan pada waktu itu mengenai status mereka sama ada putus atau hanya menangguhkan dahulu. Meninjau akaun Instagram Hibglam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan Mimi Lana bersama pihak wartawan.

Klik gambar untuk info..
Mimi diajukan soalan tentang bagaimana dia memulihkan dirinya daripada rasa sedih kerana hubungannya yang tidak kesampaian itu. Kata Mimi, untuk pulih sampai bila-bila pun mungkin tidak tetapi dia boleh memaafkan tetapi tidak melupakan.

9 tahun hubungan mereka terjalin, masing-masing sudah sangat memahami antara satu sama lain. Kata Mimi, baik dia atau pun Syafiq, mereka berdua sudah matang dalam menangani hal itu. Segalanya sudah pun diselesaikan secara baik setelah perbincangan diadakan antara mereka.
Jom tonton video di bawah :
Tiada guna untuk bergaduh dan saling menuding jari kata Mimi. Apatah lagi, sekarang dan akan datang banyak lagi projek Mimi bersama Syafiq. Industri sangat kecil, lari ke mana pun tetap akan berjumpa juga. Yang terbaik, berdamai dengan takdir dan terus berkawan.

Mimi juga sekarang sudah semakin pulih dan ceria seperti dahulu. Menjalani kehidupan dengan tenang, Mimi terus melangkah ke hadapan demi karier seninya. Semoga Mimi akan bertemu orang yang terbaik untuk hidupnya dan mendapat bahagia yang didambakan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hibglam, IG Mimi Lana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris


