Artis / Selebriti
” Rasa nak ikat muncung tu. Tolong lah tak payah kemam, haha.. ” – Komen Netizen
Video Bell Ngasri ‘membahan’ Dato’ Rosyam Nor ketika berbuka puasa bersama buat ramai terhibur. Sempat lagi Bell kemam bibir macam Iman dalam drama Keluarga Itu. Nasib baik Dato’ Rosyam tak perasan. Lawak lah Bell, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Bell Ngasri, posting terbaru Bell telah meraih perhatian ramai. Bell memuatnaik sebuah video yang mana Bell berpeluang berbuka puasa bersama Dato’ Rosyam Nor dan bersama beberapa rakan -rakan yang lain.
Menerusi video ini, Bell sempat lagi ‘membahan’ Dato’ Rosyam menerusi watak Iman yang dilakonkan dalam drama berjudul Keluarga Itu. Dato’ Rosyam membawakan watak sebagai seorang lelaki miang yang sanggup merosakkan keluarga sendiri.
Antara habit yang sering dilakukan oleh watak tersebut ialah mengemamkan bibirnya. Inilah yang ditiru oleh Bell sehingga membuatkan ramai terhibur. Sambil makan sambil Bell mengemamkan bibirnya. Nasib baik Dato’ Rosyam tidak sedar perbuatan Bell.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Watak Iman dalam drama tersebut sememangnya menjadi kebencian ramai peminat drama bersiri tersebut dan Dato’ Rosyam berjaya membawakan watak tersebut dengan baik.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Bell. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Bell,ko buat x nampak muke gatal mcm iman.. tapi nampak bibir ko gatal mcm lepas makan ketam.. Tu bkn kemam..tu kunyah terus.. “
” Adoii sakit perutt kalau dgn abg bell.. Takot terkoyak bibir tu kang..dh nak raya ni,jgn buat pasal..xpasal2 berjahit.. “
” Bodohlh bel nie bellngasriofficial iamrosyam tgk dia ejek mk dato dlm drama tu .. Ya Allah,tlg jgn buat pasal laa bell.. “
” Bell kemam bibir gitu mcm monyet kat zoo tu selalu buat camtu ..aku lempang ko kang. Tolong laaaa xpayah kemam.. “
” Ngn ak trikut² wat mlut cmtu,harey btol bell nie.. Haha ada iras yang hampir serupa, tapi bell lagi tua dari dato rosyam kan.. “
” Adoi.sib baik dia xtgok.klo tgok murung trus sy.. risau kena ketuk ngn senduk nti. Hahahaha bell bell, jarang mengecewakan.. “
” Jgn dkat² dia kang berjangkit²,kang tisu berkotak² blh abis xsmpat nak raya . Rasa nak ikat2 muncung tu. aku lempang jugak dia niii..adoi.. “
Ada sahaja perkara yang lawak dilakukan oleh Bell. Nasib Dato’ Rosyam tidak perasan yang Bell sedang ‘ membahan ‘ dirinya. Mahu diikat mulut Bell yang dikemam-kemam tu, haha. Sempat lagi Bell menghiburkan peminat ketika berbuka puasa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti1 day ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

