Connect with us

Artis / Selebriti

” Rambut Box tu lagend tau, popular anak sekolah 90an.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Thr0wback Kenangan Perjalanan Bergelar Artis, Penampilan Shamsul Ghau Ghau 25 Tahun Lalu Cur1 Perhatian Ramai !!

Penyanyi dan pelakon, Shamsul Ghau Gahau atau nama sebenarnya, Shamsul Azahar Aliddin telah berkongsi gambar keratan akhbar yang mengimbau kenangan ketika awal mula bergelar selebriti. Keratan akhbar itu telah pun berusia 25 tahun.

Kongsi Shamsul adalah permulaan perjalanan dirinya sebagai atis dibawah naungan syarikat TV3. Tulis Shamsul lagi pada posting itu, gambar keratan akhbar ini di ambil daripada kenalan lamanya di TV3 apabila dirinya menjadi ‘ Pengacara Pasport Kegemilangan’ .

Sedia umum tahu, bahawa Shamsul mula mencipta namanya menerusi rancangan ‘ Sinaran Pasport Kegemilangan’ musim pertama. Malah dirinya juga cukup sinonim dengan lagu Hits Buatmu. Malah Shamsul juga pernah menjadi hos anugerah Juara Lagu.

Anak kelahiran kampung Gajah, Selama, Perak ini pernah juga menganggotai kumpulan Senario dan kini banyak melibatkan dirinya dalam aktiviti keagaaman dan aktif dalam bidang lakonan. Shamsul juga turut dikenali sebagai panggilan Pak Su di kalangan rakan-rakan artis dan peminatnya.

Ikuti perkongsian oleh Shamsul di bawah ini :

Video di awal kemunculan Shamsul :

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat turut mengimbau kenangan Shamsul ketika dinobatkan Juara program ‘Sinaran Pasport Kegemilangan’ . Antara komen-komen tersebut adalah :

” Zaman kegemilangan.. rindu la geng2 lama.. Legend gmbr ni Pak Su, saya memang tengok dulu rancangan ni.. “

” Allahu Akbar. Terbaik Pak Su. Rindu Pak Su mengacarakan Ape-Ape Ajer pada tahun 2005, memang best sangat.. “

” Terbaik lah.. Lagend ni bos… Semoga Allah sentiasa memberkati rezeki paksu dan keluarga aamin.. “

” Bedak ghau ghau bau dia.. Smpi skang masih ingat.. Walhal tgk sinaran pasport zaman sekolah rendah lagi.. “

” Rambut Box tu lagend tau pak su, popular anak-anak sekolah 90 an..  Ad0i memang menggamit kenangan betul.. “

” Sy pun pernah terjebak dengan pasport sinaran kegemilangan, memang pak su antara pelakon yang sangat berkualiti.. “

” Pelakon yang lagend ni, memang dari dulu ada bakat, serba serbi boleh, mengacara, penyanyi, berlakon, terbaik.. “

Wah memang betul mengimbau kenangan gambar keratan akhbar yang dikongsikan oleh Shamsul itu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Shamsul sentiasa maju jaya dalam industri seni tanah air dan didoakan semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik selalu. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shamsul Ghau Ghau

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT