Artis / Selebriti
” Radin tu dance sambil bersilat ke tu. Pak Azad sempoi, haha.. ” – Komen Netizen

Video dance battle antara Kumpulan KRU dan Team 3 Pagi Era buat ramai terhibur. Ramai yang geram tengok Radin menari. Dah macam tengah bersilat pun ada, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan kedatangan kumpulan KRU iaitu Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry di konti Era. Menerusi video itu, kehadiran tiga beradik ini adalah untuk berkongsi mengenai ‘buah tangan’ terbaru mereka kepada umum.
Pada awal video, kelihatan KRU disambut mesra oleh Radin dan Pak Azad. Antara topik yang diborakkan oleh KRU bersama penyampai radio Era adalah lagu terbaru yang dikeluarkan oleh KRU bertajuk Voodoo. Selain itu, KRU juga berkongsi mengenai kehidupan mereka tiga beradik.
Namun, apa yang menarik adalah video yang memaparkan dance battle antara KRU dan Team 3 Pagi Era. Telatah Radin ketika menari membuatkan ramai terhibur kerana Radin dilihat seperti kaku berbanding Pak Azad yang dikatakan sudah profesional menari.
Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan tidak puas melihat KRU menunjukkan skill menari mereka kerana video yang dikongsikan tersebut hanya sekejap. Sehingga kini, video KRU bersama Team 3 Pagi Era telah menerima lebih 100 komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton video dance battle antara KRU dan 3 Pagi Era. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Radin tu dance sambil bersilat ke tu. Pak Azad sempoi, haha.. Ala kenapa part KRU masuk kejap sangat, tak puas tengok, ehehe.. “
” Buat homework betol la Pak Azad.. Dulu Pak Azad pernah jaga battle crew showdown kan.. Tu dia boleh buat, hehe.. Radin memang out terus lah.. “
” KRU ni memang tak ditelan zaman… Maintain mcam tu je, aku pula rasa diri makin tua, hahaa.. Welcome back KRU.. Tak sabar nak dengar single korang.. “
” Aku erk geram nengok Radin hahahha.. Lejennnnnnnnnnnnnn, vampire tak tua2 memasing betul KRU.. Mantap lah.. “
” Hahahaha awal Radin pancit.. Pak Azad memang dasyat.. Terbaik lah.. Kenapa kejap sangat geng KRU dance, aloooo nak lagi.. “
” Knpa KRUtak tua neh.. Sama je weh.. Abang Edry bukan baru balik Manchester pastu balik sini demi KRU n fan. Salute lah.. “
” Dasat arr abg Edryabdhalim commit dgn kerja.. Rasa mcm baru je blk, ulang alik mcm kL-jb. Hahaa…Blk sbb nak selimut pokok je, hehe.. “
Selepas 6 tahun mengumumkan pembubaran kumpulan KRU dan kini mereka kembali bersatu, semestinya ianya membuat para peminat begitu teruja. Ada yang mengatakan tidak sabar untuk melihat tiga beradik ini mengadakan konsert satu hari nanti seperti zaman kegemilangan mereka dahulu. Apa-apa pun, all the best untuk KRU.
Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral5 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Umairah menangis di tepi pentas.. ” – Siti Nur Sairah Tarudin