Connect with us

Artis / Selebriti

” Puan pastinya rindu sangat kat Ayash. Bagi Ayash, puan adalah segala-galanya.. ” – Netizen

Muatnaik Video Sempena Hari Lahir Ayash Affan, Respon Ibu Shuib, Salamiah Jalani Apabila Ditanya Tentang Perasaannya Berjauhan Dengan Cucu Tersayang Mengundang Sebak Warganet. Sedih Pula Baca Sebab Kenapa Ibu Shuib Bagi Ayash Pada Shuib Dan Watie Sekarang !! 

Umum mengetahui setelah pemergian arw4h penyanyi Siti Sarah Raisuddin, anak bongsunya, Ayash Affan telah dijaga oleh ibu Shuib, Puan Salamiah Jalani. Banyak yang dikongsikan oleh Puan Salamiah perkembangan Ayash buat tatapan umum di akaun Instagram miliknya.

Terbaru, Puan Salamiah ada memuatnaik satu video yang memaparkan ketika Ayash berusia 9 bulan. Perkongsian video tersebut adalah sempena Ayash yang telah pun berusia dua tahun pada hari ini. Meninjau di ruangan komen, ada seseorang telah bertanyakan kepada Puan Salamiah setelah beberapa hari berjauhan dengan Ayash.

Komen tersebut telah dibalas oleh Puan Salamiah dengan mengatakan sangat merindui Ayash sehinggakan hari-hari Puan Salamiah membuat video call untuk melihat Ayash. Di samping itu, Puan Salamiah turut memberitahu sebab kenapa memberikan Ayash kepada Shuib dan Watie.

Menerusi posting lain, Puan Salamiah memuatnaik foto kuih yang dimasaknya. Puan Salmiah meluahkan rasa rindu kepada Ayash setelah melihat kuih tersebut kerana Ayash sangat menyukai kuih lembut-lembut seperti itu. Sehingga kini, posting yang dikongsikan oleh Puan Salamiah telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Ayash. Antara komen-komen menarik adalah :

” Happy Birthday Ayash Anak yg bertuah moga membesar dgn sehat Aamiin.. Mertua terbaik pd arwah menantu ny, moga sentiasa dlm Rahmat Allah.. “

” Nenek terbaik Ayash.. Baca caption sed1h plk rasa.. Tgk Ayash pun lg sed1h tp Alhamdulillah Ayash dapat familyg yg baik2 dan mommy yg baik utk jaga Ayash dan syg Ayash.. “

” Ya btul kata Pn Salmi, Ayash kna bljr hidup dgn daddynya n mami baru nya.. Semoga Pn Salmi kuat ya, faham sangat perasaan Pn.. “

” Happy birthday Ayash.. Moga Ayash sihat selalu,jd anak cerdik soleh,berjaya dan membahagiakan.. seb4k pula baca apa yang ditulis oleh nenek Ayash.. “

” Alaaaa mata masuk habuk… Sanah helwah buat Ayash Affan buah hati nenek, daddy n seluruh keluarga moge jd ank yg soleh.. “

” Happy birthday Ayash Affan, sayangi nenek Amy Salmi yaa, sampai bila2 yaa, jadi anak n cucu yg baik budi pekerti,sayangi ayah n adik beradik n atok tau,jadi anak pandai soleh dan disayangi semua orang.. “

” HB Ayash semoga dikurniakan kesihatan Yang Baik. Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah dan Jadi anak Yang soleh Bila besar nanti.. “

Respon Puan Salamiah :

Teringat kisah yang dikongsikan oleh Shuib dan arw4h Siti Sarah dahulu ketika Siti Sarah sedang hamil Ayash, ibu Shuib turut menerima alahan yang ter0k. Rupanya ia telah memberikan bayangan yang Puan Salamiah akan menjaga Ayash. Selamat hari lahir Ayash, semoga kamu terus membesar dengan baik, menjadi anak yang soleh buat arw4h ibu, daddy dan mummy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG amy_salmi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT