Artis / Selebriti
” Pleaseee.. ” – Bunga Elhaq
Video Terbaru Bunga Elhaq Bermain Buih Belon Raih Perhatian Ramai. Alahai, Comelnya Suara Bunga. Sopan Je Minta Buih Sabun Kat Mommy. Pandai Bunga Bodek Mummy !!
Bunga Elhaq merupakan cahaya mata Elisya Sandha bersama suaminya, Uzair Haqimy. Bunga antara anak selebriti yang sering menjadi perhatian di media sosial. Menerusi akaun Instagram Bunga Elhaq, perkongsian sebuah video terbaru Bunga telah meraih perhatian ramai.
Video yang berdurasi selama beberapa saat ini memaparkan gelagat Bunga sedang bermain buih belon. Apa yang menarik ialah ketika Bunga meminta lagi buih sabun untuk meniup belon. Rupanya Bunga diminta untuk menyebut satu perkataan iaitu ‘ please’.
Nampaknya Bunga telah diajar oleh Elisya untuk menggunakan perkataan yang sopan ketika inginkan sesuatu. Comel sungguh Bunga apabila menyebut ‘ please‘ sambil melentokkan kepalanya. Barulah Bunga dapat apa yang dimintanya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bunga dilahirkan pada 18 Jun 2022 dan tidak lama lagi usia Bunga akan menginjak ke 2 tahun. Sekejap je Bunga membesar.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Alalalala…. comey Bunga… plzzzzz.. Bunga yg Cantek seindah nama nya .. Cucu siapa yg comel sangat ni??? Terpaling comel.. “
” MasyaAllah.. so cute la bunga.. Please Bunga dont grow so fast .. terpaling comel cantik gebus ehh semua.. ger4m la.. “
” MasyaAllah…. suka betul aunty nengok bunga ni tau.. comey… cute.. sweet… Semoga membesar dgn sihat ye… makin cerdik nampaknye.. “
” Comelnyaaa bunga.. Love Bunga yg solehah ni… Rindu2… geramnya tengok comel sgt… mata dgn kening dia sesuatu sgt omey2.. “
Sekadar info, Bunga merupakan satu-satunya cucu kepada pengarah dan penerbit terkenal, Jinggo dan Sheila Rusly. Tambahan pula mereka tidak mempunyai anak lelaki apabila mendapat cucu perempuan sememangnya menjadi kesayangan.

Alahai, pandai betul Bunga bodek mummy. Dengar perkataan ‘ please ‘ tu dan mimik muka yang comel mesti mummy pun cair. Semoga Bunga Elhaq membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik serta berjaya di dunia dan di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bunga Elhaq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen



