Artis / Selebriti
” Perghhh sedapnya suara Mak Leha.. ” – Netizen
Liza Abdullah Kongsi Video Nyanyiannya Di Instagram. Wahhh Padu Betul Suara, Part Tarik Tu Meremang Bulu Roma. Masih Power Lah Mak Leha, Tapi Yang Last Tu Paling Kelakar !!
Norliza Abdullah bukanlah nama baru dalam industri tanah air di Malaysia. Banyak filem, drama dan telefilem yang telah dibintangi beliau. Antara filem lakonannya yang berjaya meningkatkan namanya dalam bidang seni adalah Ali Set4n, Mar4h-Mar4h Sayang, Jejaka Perasan dan lain-lain lagi.
Baru-baru ini, drama siri yang dibintanginya 7 Hari Mencari Cinta 2 begitu melonjak nama Liza dengan watak Mak Leha lakonannya. Drama lakonannya begitu berkesan sehingga nama Liza terus dipanggil dengan panggilan Mak Leha walaupun drama tersebut telah berakhir.
Ibu kepada 4 anak ini masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suaminya Zolkefli Abdul Rahman, demi anak-anak tercinta. Baru-baru ini, Liza dan suaminya sama-sama mengadakan majlis perkahwinan satu-satunya anak mereka, Nurnaffiz Syahiddah secara sederhana.

Menerusi akaun instagramnya, Liza ada berkongsi video nyanyiannya di sebuah majlis perkahwinan. Rata-rata netizen memuji suara Liza yang lunak seperti dulu. Netizen juga menggesa Liza untuk sama-sama menyertai Gegar Vaganza.
Ikuti perkongsian video nyanyian Liza :
Video perkongsian Liza mendapat pujian netizen. Antara komen-komen netizen :
” Adik ku ! Kamu nyanyi sedap best lagi.. Reminds me of Mekar Sejambak.. Hebat Mak Leha.. “
” Blh join gegar vaganza.. Merdu suara.. Lagu fevret arw4h mama saya.. “
” Sedap suara Kak Liza.. minat sgt pd Kak Liza.. buat lh Lagu lg.. Tak boleh nak kata apa.. Artis era 70-80an ni mmg lain mcm auranya. Sedap suara kak Liza.
” Baeklah mak leha ! Bleh da buat lagu ost utk drama plak pasni.. Perghhh sdp nya lg suara mak leha.. “
” Ni suara baru lps mkn nasi beriani.. tp dah padu habis. Cuba bagi suara prepare utk show mesti lagi m4ntul.. “
” Lawanye suare Mak Leha ni pantas lah Pak Samad sayg sngg bee.. “
” Mak leha bukan sebagai pelakon je, pandai menjiwai emosi.. dalam nyanyian pun.. kita pulak yg rasa sayu dengar dia nyanyi lagu ni.. “
Hebat betul nyanyian Liza. Masih lunak merdu seperti dulu. Semoga Liza terus bersinar dan menyumbang bakat dalam arena seni tanah air. Mana tahu selepas ini kita bakal melihat Mak Leha di Gegar Vaganza, kan ? Semoga terus berjaya dalam dunia hiburan tanahair.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Lizza Abdullah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen

