Artis / Selebriti
” Perghh suara dia macam suara Awie muda-muda dulu oii.. ” – Komen Netizen

Video dan gambar sekitar Majlis Aqiqah anak ke 7 Dato’ Awie, Putra Ahmad Arjunna raih perhatian warganet. Alahai comelnya Arjunna, putih melepak kulitnya. Part abang Merrah menyanyi tu power betul suara dia..
Semalam telah berlangsungnya majlis khas untuk anak-anak Dato’ Awie iaitu Putra Ahmad Arjunna dan Putra Ahmad Andika. Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul diadakan untuk Arjunna, manakala sambutan hari lahir pula diraikan untuk Andika. Majlis ini dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai Awie.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Official Hlive dan Tiktok Awie Wings22, telah dikongsikan gambar dan video sekitar majlis tersebut. Awie sekeluarga sedondon memakai baju Melayu untuk lelaki dan baju kurung untuk perempuan berwarna biru dan kuning.
Arjunna memiliki kulit putih gebu dan comel sekali. Wajahnya lebih mirip kepada Awie, cuma warna kulitnya mengikut ibunya, Datin Sharifah Ladyana Alqudree. Pada majlis ini juga, penampilan anak lelaki Awie, Putra Ahmad Merrah turut menjadi perhatian ramai.
Merrah yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM menyampaikan beberapa buah lagu popular Awie. Ianya mendapat sorakan daripada tetamu yang hadir. Merrah umpama Dato’ Awie ketika muda dan suaranya juga kedengaran sama seperti Dato’ Awie.
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@awie.wings22 Jangan Lupa Follow 🥰💙 #awie #foryoupage #fyp #viralvideo
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comelnya.. Suka tengok happy family niii.. Semoga Dato Awie sekeluarga sentiasa dlm lindungan Allah swt.. Aaminn.. “
” Alhamdulillah.. big family Dato.. family ceria comel comel Ank abg legend rock.. happy santai celebrate.. “
” Meriah nya mcm nyambut raya sbb sedondon berbaju kurung dan baju melayu.. semoga datuk awie sekeluarga sihat selalu di samping keluarga tersayang.. “
” Comelnya anak dato’ awie.. anak-anak yang lain pun cantik dan handsome.. 7 dah anak dato’ awie.. “
” Sebijik suara Dato’ Awie.. bakal ganti ayah dia ni.. suara sama ngn dato awie time mudaaaa.. wahhh muka pun sama.. Merrah, gaya suara Daddynya., Dato Awie.. macam Dato Awie masa zaman SSA dulu.. “
” Perghh… suara dia cm suara Pak dia muda2 dulu oiii… Mana x tumpahnya kuah klu x ke nasi.. Ni dato awie masa muda kurus remaja ni. Muka dh sama copy paste, kalau rmbut pnjng confirm.. “
” Perghh copy muka awie muda-muda ooo.. like father like son… sempoi… copy paste abis suara bapak dia.. “
” Wow suara Merrah.. Ada dah pewaris Sama tone mcam dato awie.. macam zaman bapak dia masa muda.. Tercari-cari mana awie rupanya suara anak dia, sama betul suara anak dengan ayah ni.. sama-sama suara sedap.. “
Merrah seperti bayangan Dato’ Awie ketika zaman muda dahulu. Wajah memang kelihatan seiras, tone suara pun sama. Mana tahu sedikit masa lagi Merrah pula yang akan meneruskan legasi rock Dato’ Awie. Apa-apa pun, semoga Dato’ Awie sekeluarga berbahagia selalu bersama.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Awie Wings22, IG Hlive, IG Awie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti6 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen