Artis / Selebriti
” Pergh suara lelaki tu macam original version. Memang talented ni, superbs suara tu.. ” – Komen Netizen

Video persembahan duet Misha Omar bersama juara Bintang RTM 2018, Hariz Fayahet raih pujian ramai. Fuh best sangat suara Hariz ni. Patut Misha pilih Hariz, meremang dengar suara dia. Gandingan yang mantap..
Misha Omar Back to Basic Showcase telah pun berlangsung dengan jayanya semalam. Bertempat di Odeum Jiospace, Petaling Jaya semua lagu-lagu hits Misha dan lagu pilihan yang dinyanyikan sepanjang showcase ini menghiburkan semua penonton yang hadir.
Tidak hanya nyanyian solo, Misha juga menampilkan pasangan duet yang telah dipilihnya untuk sama-sama menyanyi di pentas. Meninjau akaun Tiktok Hariz Fayahet, telah dimuatnaik video ketika persembahan duet Misha itu. Hariz Fayahet terpilih untuk berduet bersama Misha.
Untuk makluman semua, Hariz merupakan juara Bintang RTM 2018. Paduan suara Hariz dan Misha mendendangkan lagu Die With A Smile memukau semua yang hadir. Lagu nyanyian asal Lady Gaga dan Bruno Mars ini dibawakan dengan cukup bagus.
Ramai yang terpukau dengan suara merdu Hariz dan kata mereka ianya seperti suara penyanyi asal. Nasib belum menyebelahi Hariz untuk menyerlah dalam bidang nyanyian, namun penampilannya di pentas ini menjadi asbab untuk ramai lebih mengenali Hariz.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Siapa duh kau bang.. asal planet mana, sedap betul lah suara.. tahu tahu timbul, amaze betul suara tu.. patut kak mitch pilih dia.. “
” Memang talented ni . suara tak macam budak budak ribena… suara dia boleh pegi level up lgi.. juara bintang RTM ni.. “
” Pergh suara laki tu macam original version.. suara mantap, on point, harap hael hussaini dpt cipta lagu utk hariz.. “
” No wonder laa dapat duet dengan misha.. kau hit note tu kemas cantik takde sumbang.. well done bro.. tahniah.. “
” Bestnya dapat duet dengan kak Mitch.. She so humble and sweet.. sedap sangat suara Hariz ni, goosebumps dengar.. “
” Aku ingatkan miming suara penyanyi sebenar rupanya suara dia. bapak padu suara. sumpah best, superbs suara tu.. “
” Sedap gila suara Hariz ni.. suara ni patut ada dalam industri.. kita dengar suara pun terpukau.. paduan suara yang hebat bila dengan misha.. “
Kelunakan suara Hariz memang tidak dapat disangkal lagi. Persembahan yang memukau semua penonton daripada Hariz dan Misha. Semoga pada masa akan datang ada rezeki untuk Hariz lebih menyerlah dalam industri dan menjadi penyanyi popular.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hariz Fayahet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral7 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti2 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen