Artis / Selebriti
” Perfect, suka tengok hubungan Sharnaaz dengan Nabila ni.. ” – Komen Netizen
Sharnaaz Ahmad Kongsi Gambar Sambut Hari Lahir Bersama Noornabila Dan Jebat Jayden Buat Peminat Teruja. Wah Ada Gambar Bertiga Lah, Perfect Picture. Kapsyen Mamu Penjelasan Status Hubungan Mereka Sekarang !!
Sekali pun sudah tidak lagi bergelar suami isteri, Sharnaaz Ahmad dan Noornabila masih tetap berhubungan baik demi anak mereka, Jebat Jayden. Tiada sengketa antara mereka dan kedua-duanya selesa bekerjsama untuk menjaga dan memastikan Jebat mendapat kasih sayang yang sepenuhnya.
Menerusi perkongsian terbaru Sharnaaz di akaun Instagram Sharnaaz Ahmad, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Sharnaaz bersama Noornabila dan Jebat. Memandangkan tarikh hari lahir Jebat dan Sharnaaz jatuh pada tarikh yang sama, mereka menyambutnya bersama-sama.
Tulis Sharnaaz di ruangan kapsyennya, ucapan terima kasih buat Noornabila kerana sudi belanja makan malam untuk Jebat dan Sharnaaz. Sharnaaz turut mendoakan agar Noornabila sentiasa dimurahkan rezeki. Ramai yang mengharapkan agar pasangan ini kembali bersama dan membina kembali keluarga mereka.

Sharnaaz turut menerangkan di kapsyennya itu apa yang terbaik dilakukan oleh dirinya dan Noornabila sekarang adalah sebagai co-parenting dan menjadi kawan baik. Mungkin itu adalah status hubungan mereka berdua yang perlu warganet fahami untuk masa sekarang.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Sharnaaz ini sehingga kini telah pun meraih lebih 70 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Abang happy birthday.. Semoga Allah mudahkan segala urusan dunia Akhirat.. ” – Haris Ismail
” I cannot imagine how hard co-parenting is. But you guys willing to do so in a positive environment is commendable. Memang tabik spring.. ”
” Birthday kita sama. Happy birthday jebat dan mamu.. Semoga mereka berjodoh kembali, menjadi satu keluarga yg utuh.. ”
” Better begini je kdg jadi kawan lg elok dr berpasangan .. sebab kalau dah ade ikatan semua benda jd tak kena.. ”
” Co-parenting done right.. Happy birthday both of you.. muka sama je semua, mamu, jebat, mommy macam kembar.. ”
” Perfect, suka tengok hubungan sharnaaz dengan nabila ni, profesional dan saling bertanggungjawab pada Jebat. contoh co-parenting terbaik.. ”
” Gambar mahal, semua muka sepesen. love tengok.. happy birthday untuk baba dan jebat.. moga semua impian tercapai.. ”
Ada kalanya, menjadi kawan lebih baik daripada mempunyai ikatan. Apa sahaja yang terbaik untuk Sharnaaz, Jebat dan Noornabila, pasti warganet akan menyokongnya. Semoga hubungan baik ini akan berkekalan dan membahagiakan Jebat sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” Risau terpelanting kepala tu Kak Lina oiii. Aku pulak yang mengah tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” When I love your mum, I also need to get your permission.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” If we don’t get to meet you again in this dunya, Insha Allah we will.. ” – Ibu Aliff Aziz

