Artis / Selebriti
” Peminat beralih arah, bersorak semua bila Khawla naik pentas.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Syamel, Nur Khawla Soleha ketika naik ke pentas bersama Syamel buat warganet terhibur. Wah bersorak semua dapat tengok Khawla. Comel Khawla malu-malu, suara pun cute sangat. Bila dengar Khawla cakap, lagi riuh sorakan penonton..
Anak perempuan Syamel dan Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha sememangnya antara anak selebriti yang disukai ramai. Telatah Khawla yang suka berceloteh dan suka merajuk membuatkan ramai yang geram melihatnya. Khawla juga digelar ‘mini Ernie’ oleh para peminatnya.
Meninjau entry di akaun Tiktok Izni.Izumi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah Khawla ketika mengikuti Syamel ke Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ). Syamel menjadi salah seorang artis yang mengadakan persembahan pada majlis tersebut.
Syamel menyeru nama Khawla untuk naik ke pentas dan semua penonton yang berada di situ turut menjerit memanggil nama Khawla. Jika selalunya warganet melihat Khawla yang lincah dan banyak mulut, malam itu Khawla agak malu-malu di atas pentas.

Penonton pula cukup memberi kerjasama apabila Syamel menyuruh membuat ‘majuk’ challenge. Semua cuba memancing Khawla supaya Khawla turut sama membuat gaya merajuknya. Comel sahaja suara Khawla menjawab pertanyaan Syamel. Nampaknya macam Khawla yang lagi ramai peminat daripada daddy, hehe.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@izni.izumi
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak sekarang ni orang minat Syamel ke Khawla, haha.. dia macam time ada khawla…”syamel… tolong ke tepi”.. “
” Ramai peminat Khawla.. sebijik muka mak dia suara pun sama.. khawla dah jumpa ‘uncle’ yg lagi encem kot dr uncle aziz.. “
” Peminat Khawla ramai betul. cakap hello dengan happy je pun.. satu Malaysia menjerit dek kecomelan dia tu.. “
” Dah macam cerita Man Laksa, anak ikut naik stage. Khawlaa dh boleh buat konsert sekali ibu nihh.. confirm sold out.. “
” Apabila anak perempuan dijaga sebaiknya oleh bapanya. suka tengok Khawla sebab bijak hehe.. “
” Khawla kecik kecik dah ramai fans.. haha comel sangat khawla ni.. lagi femes dari bapak dia nih.. geram nk buat keychain.. “
” Peminat beralih arah, bersorak semua bila Khawla naik pentas. geram dengar suara dia tu.. macam eibu lah manja je.. “
Meriah sungguh sorakan semua penonton dapat melihat Khawla di atas pentas bersama daddynya itu. Khawla ada bilangan peminat yang ramai dan boleh mengatasi daddy nampaknya. Apa-apa pun, kehadiran Khawla menambahkan lagi kegembiraan semua penonton.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Izni.Izumi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

