Artis / Selebriti
” Patutlah ramai tak berani nak ambil gambar sebarangan dengan wife hari itu.. ” – Dr Izzar
Muatnaik Video Menemani Isteri Ke Sebuah Majlis, Perkongsian Suami Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari Buat Ramai Terhibur. Baru Tahu Selain Bergelar Sebagai Doktor, Dr Izzar Ada Buat Kerja Part Time Rupanya. Tak Pernah Tak Lawak, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram milik suami pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari telah dikongsikan satu video yang memaparkan pasangan ini hadir ke sebuah majlis. Menerusi video tersebut, kelihatan Ummi dan Dr Izzar mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam.
Tulis Dr Izzar di ruangan kapsyen mengatakan yang gayanya ketika menunggu Ummi melakukan sesi bergambar sudah seperti seorang bodyguard yang menjaga klien. Seloroh Dr Izzar lagi, patutlah ramai yang tidak berani mengambil gambar Ummi sebarangan kerana mungkin mengganggap Ummi mempunyai bodyguard.
Kalau dilihat gaya Dr Izzar menerusi video itu, memang seperti seorang bodyguard. Lebih-lebih lagi caranya sedang memandang Ummi bergambar. Sekali lagi perkongsian oleh Dr Izzar ini mengundang tawa warganet. Ada yang menyakat Dr Izzar dengan mengatakan yang mereka baru tahu Dr Izzar melakukan kerja part time sebagai bodyguard.

Sehingga kini, video Dr Izzar menemani Ummi menerima belasan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Patutlah ramai yang selalu menanti posting terbaru Dr Izzar, perkongsian Dr Izzar sering mencuit hati ramai.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan posting oleh Dr Izzar pada kali ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hahaha setiap kali post Dr naik, mesti baca caption dulu. Pastu baru patah balik tengok video / gambar. Jarang kecewa, hahaha.. “
” Hahahaha bang.. Tak pernah menghampakan tau. Hahaha baru tahu full time doc, part time bodyguard yer, hahahhaa kelakar betul.. “
” Next time buat2 pegang earpiece sikit doktor. Alang2 dah nak in character.. Kalau macam ni lah gayanya, pesakit doc keluar klinik mesti terus sihat, haha.. “
” Baru nak cakap dah macam bodyguard kat tepi hahahha.. Dah tuan badan cakap sendiri dah.. Tapi memang nampak macam bodyguard pun.. “
” Tak boleh blah betul kalau baca kapsyen doc, memang selalu kelakar.. Kat rumah mesti Ummi penat ketawa kan sbb doc ni kelakar orangnya.. “
” Hahaha dia mula dah.. Dia mula dahhhh hahahah.. Takde photographers yg panggil suh join skali ambik gambar dengan wife.. “
” Citenya siapa yg jd videographer dr ni.. video semua on point dgn caption.. Memek muka tu kelakar betul.. Nampak betul tgh jadi bodyguard.. “
Kalau sekali tengok dah macam bodyguard. Selain itu, ada juga bertanya siapakah gerangan yang selalu merekod video Dr Izzar. Apa-apa pun ianya hanyalah sekadar hiburan Dr Izzar buat para pengikutnya. Semoga lebih banyak lagi perkongsian Dr Izzar selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG izzar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen



