Artis / Selebriti
” Pandai Uwais jaga Ayash, muka memang sepesen betul lah dua-dua ni.. ” – Netizen

Video Anak Sulung Arwah Siti Sarah Raissuddin, Uwais Alqarni Memakaikan Kasut Untuk Adik Bongsunya, Ayash Affan Raih Perhatian Warganet. Alahai Manja Betul Ayash Dengan Abang Uwais. Muka Tu Sebijik Sama, Dua-Dua C0py Muka Ibu !!
Setelah pemergian arwah penyanyi Siti Sarah Raissuddin, anak-anaknya sering menjadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi anak bongsunya iaitu Ayash Affan. Ramai meluahkan rasa sebak apabila melihat si kecil ini kerana belum sempat merasa kasih sayang ibunya. Pejam celik, pejam celik, kini usia Ayash sudah pun 2 tahun.
Sejak dilahirkan Ayash telah dijaga oleh ibu Shuib, Puan Salamiah Jalani. Meskipun Shuib kembali mendirikan rumahtangga lagi, Ayash masih dalam jagaan Puan Salamiah dan adakalanya Ayash akan dibawa pulang bersama Shuib serta adik-beradiknya yang lain.
Meninjau di akaun Instagram milik Siti Sarah, telah dikongsikan video terbaru Ayash bersama abang sulungnya, Uwais Alqarni. Menerusi video tersebut, Ayash pada awalnya sedang duduk di atas riba Uwais dan Uwais sedang memakai kasut untuk Ayash.
Perkongsian video ini telah mencur1 perhatian warganet. Ada yang mengatakan wajah Ayash seperti Uwais dan mereka berdua memiliki wajah seiras arwah ibu mereka. Sehingga kini, video Ayash bersama Uwais telah menerima belasan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji kecomelan Ayash. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Pandai Uwais jaga Ayash, muka memang sepesen betul lah dua-dua ni.. Ayash pun manja dengan abangnya juga, comel.. “
” Kdg sedeh tgk Ayash.. Yg lain sempat kenal ibu.. Semoga nanti jumpa ibu di syurga, tapi tetap syukur sebab mami pon baik.. “
” Sulung bongsu macam arwah ibu.. The rest mcm bapanya.. Cute.. Alhamdulillah Ayash membesar dengan baik dengan penuh kasih sayang.. “
” Muka ibu sgt ni.. Semoga anak-anak Siti Sarah sentiasa dalam lindungan Allah dan membesar dengan baik, amin.. “
” Copy paste ibu lah.. Ayash bamb4mnya tengok.. Semangat betul.. Comot2 makan pun comel sangat lah dia, hehehe ger4m tengok.. “
” Nak pijam Ayash boleh tak, hahahaha buat bantal peluk malam2 memang sedap, badan Ayash gebu sangat, hahahaa.. “
” Pandai jaga adik, good boy lah Uwais.. Tengok video dkt ig Watie, semuanya dah pandai jaga adik, tolong mummy, kejap dah besar semuanya.. Alhamdulillah.. “
Makin montel lah Ayash, patut lah ramai yang geram melihatnya. Betul apa yang dikatakan warganet, memang serupa muka Ayash dan Uwais, comel sangat. Semoga anak-anak arw4h Siti Sarah terus membesar dengan sihat, menjadi anak-anak yang soleh serta solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG sitisarahraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen