Artis / Selebriti
” Pandai sangat dia ni, nak minum juga.. ” – Netizen
Gelagat Anak Elfira Loy, Rayyan Berebut Air Teh Ais Ibunya Buat Ramai Terhibur. Amboi Rayyan, Cepat Je Tangan Tu. Nasib Baik Comel !!
Muhammad Rayyan Khalaf merupakan anak kepada pelakon Elfira Loy dan pasangannya, Muhammad Faris Anuar. Seperti selebriti lain, Rayyan juga mempunyai akaun Instagram yang diwujudkan oleh ibubapanya sejak dilahirkan lagi. Rayyan turut terkena temp1as populariti ibunya.
Elfira sering berkongsi video dan gambar Rayyan di akaun Instagramnya juga. Untuk pengetahuian, Rayyan dilahirkan pada 1 Oktober 2019. Gelagat Rayyan sering dinanti-nanti oleh peminatnya kerana gelagatnya yang menghiburkan dan wajahnya comel dan putih seiras bapanya.
Kelahiran Rayyan sememangnya melengkapkan rumahtangga Elfira dan suami. Rayyan telah memberi erti tanggungjawab yang sebenar buat Elfira setelah bergelar ibu. Bagi Elfira, anak merupakan keutamaannya buat masa kini daripada segala-galanya.

Menerusi akaun Instagram, Elfira memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan Rayyan ingin meminum teh ais yang dipegang oleh Elfira. Rayyan seolah-olah ingin menarik bungkusan air tersebut dan akhirnya air tersebut hampir tertumpah. Alahai, Rayyan, cepat je tangan tu !!
( Klik butang KANAN > untuk gambar seterusnya.. )
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Rayyan di dalam gambar ini. Antara komen-komen mereka :
” Hahahaha ya Allah El terliur la !! nasib baik tepi keteeee kalau dlm kete .. “
” Shooo cute baby Rayyan.. Yg last tu kelakar sungguh.. “
” Sedappp eee air mommy..nak kit…hahaha , comel rayyan.. “
” Pandaiii sanngaaat dia niihhh, nk minom jugak.. “
” Ger4m dia tengok air tu.. Gambar last tu win.. Hahaahhahahaa.. ya Allah comel nya.. ”
” Yang last tuu! I dont care i want it! Jadilah walaupun dapat cubit plastik air tu. hahaha alahai baby.. “
Alahai, Rayyan mesti teringin nak merasa juga air tersebut kan. Kita yang melihat melalui gambar pun nampak terliur, inikan pula Rayyan. Agak-agak tumpah tak air tersebut ? Hehe. Semoga Rayyan sihat selalu dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elfira Loy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen

