Artis / Selebriti
” Pandai ekau speaking kolo pilah Dariya oiii, voice over paling cute ni.. ” – Netizen
Video Anak Sari Yanti, Dariya Inara Membuat Voice Over Untuk Video Memasak Nasi Goreng Kerang Buat Peminat Ger4m. Alahai Pandai Sangat Cakap Loghat Nogori Tu Dariya. Dah Macam Cara Mamanya Cakaplah, Cute Sangat !!
Meninjau entry di akaun Instagram Sari Yanti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sari memasak nasi goreng kerang. Seperti biasa, Sari selalu berkongsikan resepi masakannya bersama tutorial memasak untuk peminat.
Satu persatu bahan yang digunakan ditunjuk dalam video ini. Bermula dari bahan tumis sehinggalah siap nasi gorengnya. Apa yang istimewa untuk video kali ini adalah ianya menggunakan suara anak perempuannya, Dariya Inara.
Bukan selalu dapat mendengar Dariya membuat voice over sebegini. Suara comel dengan ayat-ayat yang digunakan oleh Dariya tu membuatkan ramai ger4m. Bukan main lagi ye Dariya, ‘nak cepat nak cepat’, pandai betul.

Sesekali diselitkan Dariya perkataan dalam loghat nogori, alahai macam mama lah Dariya ni. Part Dariya sebut perkataan ‘ podeh ‘ dan ‘ sodap ‘ tu cute sangat. Anak orang nogori, mestilah boleh cakap loghat nogori, iye tak.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, video perkongsian oleh Sari Yanti ini telahpun mencatatkan lebih 8000 likes. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Ger4mnya dengar suara tu, nak cepat nak cepat haha. Dariya ke tu, sodappp.. terus acik jadi lapar.. “
” Pandai ekau speaking kolo pilah dariya oiii. petahnya kakak yaa .. ger4mm je angh dengar.. tang podeh tu paling mahal.. “
” Comel betul suara si kecik tu, kemain dia loghat nogori terus. suara background tu yang buat den gohammm.. “
” Speaking nogori deh haha. Suara tu buat perut jadi lapar haha. Dariya comel, gorenggg sodappp.. “
” Podeh .. goyeng-goyeng lagi . shedaaappp haha. nak cepat ajer ye Dariya hehe. cute suara tu.. “
” Suara tu sangat adorable ye.. selalu-selalu la guna Voice Over suara tu. Dia punya bunyi sodappp tu sebijik sari haha.. “
” Comel betul suara si kecik tu, voice over paling cute ni. Dari tak lapar jadi lapar dengar suara Dariya tu. sodapppp.. “

Pandai sangat Dariya ye, yang tak lapar pun boleh jadi lapar apabila tengok video mama dan Dariya ni. Bolehlah Sari gunakan suara Dariya lagi untuk video masak Sari selepas ini. Ramai yang tak puas mendengar suara comel Dariya tu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sari Yanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen

