Artis / Selebriti
” Padu weh suara adik dia, meledak. Fuh confirm menang, power.. ” – Komen Netizen
Muncul Sebagai Pasangan Duet Zahid AF Dalam Famili Duo Musim Baru, Ramai Yang Kagum Mendengar Suara Nyanyian Adik Zahid AF. Pergh Power Lah Suara Anne, Meremang Dengar. Adik Beradik Suara Padu, Memang Best !!
Program Famili Duo kini sudah memasuki musim keempat. Keunikan program ini ialah kesemua peserta perlu membawa ahli keluarga sendiri sebagai rakan duet bersama. Program ini menampilkan peserta di kalangan artis dan pasangannya pula selalunya ahli keluarga mereka yang bukan penyanyi profesional.
Untuk musim ini, juara Akademi Fantasia musim kedua, Zahid AF telah menampilkan adik perempuannya bernama Anne. Zahid sudah lama tidak membuat kemunculan dan penyertaannya ini pasti membuatkan ramai peminatnya teruja. Anne pula bukanlah seorang penyanyi profesional.
Menerusi akaun Instagram mstaronlineofficial, sebuah video ketika Zahid berduet bersama adiknya menyanyi di sesi memperkenalkan peserta telah dikongsikan. Ramai yang memuji kemerduan suara Anne yang cukup sedap didengar. Anne juga nampak tidak kekok apabila berada di atas pentas.
Perkongsian video ini telah menerima lebih empat ratus tanda suka daripada warganet dalam tempoh tiga jam ia dimuatnaik buat masa ini. Selain Zahid, beberapa artis lain yang turut memberikan saingan dalam Famili Duo pada tahun ini iaitu Naqiu, Shiha, Tomok, Didi Astillah dan Salma.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara adik Zahid. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Padu weh suara adik dia, meledak. Fuh confirm menang.. power adik dia..pro nii.. Zahid masih paduuuuu.. Lagu ni teringat kat u .. “
” Yeayyyy ada zahid…minat dari AF2 lagi.. Omg!!!! Ada farehan!!???? anne70110 congratss ann.. Ok beyonce malaysia masuk. Good luck abg zahidbaharudin & anne70110.. “
” Tak nmpk awkward ats pentas lgsg anne tu walauupun bkn artis.. Badan besar mmg suara sedap selalunya.. calon juara.. “
” Awal lagi nak kata menang, sebab ada naqiu, salma mentor.. lama tak buat comeback.. dari af memang suka zahid.. “
” After melihat persaingan Ade Tomok..Ade Naqiu Ade Shiha zikir hebat2 smuanye..good luck la Zahid..tp adik dia padu woo nyanyi.. “
” Bakal bergema team zahid.. yeahhh.. rindu ahhh dulu tengok akademi fantasia ahahaha.. Zahid ni nanyi clean tak over. Facial expression dia tu ikhlas .. “
” Dulu masa kecik² setiap kali kalau nampak dia keluar kereta oren dia tu, masing² jerit. abg zahid abg zahid.. padu suara.. “
Pastinya ramai tidak sabar menantikan program ini disiarkan di kaca televisyen. Program ini juga berjaya mencungkil bakat di kalangan keluarga artis. Semoga Zahid dan adiknya dapat menempa kejayaan dalam program Famili Duo musim keempat ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mstaronline
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebijik macam arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Awesome je Liza menyanyi, macam ni pun dah meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ooo Rosyam, candangan dia untuk i menikah dengan Fattah Amin tu.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen