Artis / Selebriti
” Tak sedar air mata menitik, menusuk ke hati tengok Shiha dan Ieda.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Shiha Zikir dan kakaknya, Ieda Zikir menyanyikan lagu Dimana Kan Ku Cari Ganti buat ramai menangis. Sedih tengok Shiha dan Ieda menangis mengenangkan arwah ayah dan suami Ieda yang sudah tiada. Janna Nick pun tak dapat tahan sebak..
Persembahan peserta-peserta Famili Duo malam tadi benar-benar membuatkan air mata penonton mengalir. Satu demi satu persembahan oleh peserta Famili Duo menyentuh hati ramai. Selain pasangan duo Tomok dan Sharul, Ayie dan Salma, persembahan oleh Shiha Zikir dan kakaknya, Ieda Zikir juga merobek hati penonton.
Meninjau entry di akaun Instagram TV3 Malaysia, Tiktok F8buzz dan Ohbulan, telah dimuatnaik video-video yang memaparkan persembahan Shiha Zikir dan Ieda Zikir. Memilih lagu Dimana Kan Ku Cari Ganti, lagu ini meninggalkan kesan mendalam buat dua adik beradik ini.
Kehilangan ayah dan suami bukan sesuatu yang mudah. Shiha mengenangkan arwah ayahnya yang mempunyai impian untuk melihat Shiha dan Ieda sepentas bersama. Ieda pula terkenangkan arwah suaminya, pengarah arwah Majed Salleh yang mengimpikan untuk melihat Ieda kembali menyanyi di pentas.

Persembahan ini sarat dengan emosi sedih dan rasa rindu mereka terhadap 2 figura penting dalam kehidupan mereka itu. Melihat tangisan Shiha, Janna Nick selalu host sendiri tidak dapat menahan air matanya. Penonton juga turut sama menangis melihat persembahan oleh duo adik beradik ini.
Jom tonton video di bawah :
(Klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ohbulanofficial Mata min dah bengkak sebab menangis tengok Famili Duo malam ni 😭😭😭 Shiha & Ieda Zikir memang power 💕#PerfumeParadise #baumacamparadise #spraysekaliwangi3hari #ohbulan #fyp
@f8buzz Minggu ni memang minggu menyentuh hati. Kuat tau Shiha & Ieda 💪🏻💪🏻 Famili Duo 4 minggu keempat kali ini bertemakan Idola & Lagenda! Siapa Duo kegemaran anda? Siapa bakal juara musim ini? Setiap Ahad, jam 9 malam di TV3. #f8buzzhiburan #familiduo #familiduo4 #shihazikir #iedazikir @🎙️shihazikir🎙️ @Ieda_Zikir
@f8buzz Kalau bab arwah ayah, arwah suami memang sedih.. tak tahu nak cakap macam mana. Dalam gembira mereka, ada luka terbesar dalam hidup. #f8buzzhiburan #familiduo4 #shihazikir #iedazikir @🎙️shihazikir🎙️ @Ieda_Zikir
Video temubual bersama Shiha dan Ieda Zikir selepas selesai program :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Rata-ratanya turut merasai kesedihan Shiha dan Ieda itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Meremang kiter, penuh penghayatan… Terbaekkkkk laaa shihazikir … terrrr Touching nie.. “
” Memang sedih sangat-sangat.. dari Tomok menahan sedih sampai ke Shiha tak boleh tahan nangis terus… sebab rindu sangat dekat arwah mak.. “
” Aku yang lain tak sedih sngat.. yang ni aku pegang tangan mak aku terus.. mak aku hilang suami.. aku hilang ayah.. 3 bulan yang lepas.. “
” Tahniah, menangis teresak-esak wei.. Tengok Shiha ni semalam la merambu ayaq mata.. memang sedih sangat.. “
” Aku kn.. tomok / shahrul pastu ayie / salma aku tahan lgi air mate walau perit dada.. tiber shiha / ieda aku da xkesah org cko aku cengeng.. berair terus mate matt.. “
” Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. sedih sangat nangis tengok. dari awal sampai habis semua persembahan aku asyik menangis je.. “
” Dengan sy menangis teresak esak malam tadi… rindukan arwah abh.. dalam lagu boleh buat semua nangis memang terbaik la Shiha dan kakaknya.. “
” Tak sedar air mata menitis.. ya Allah sedihhhh weiii persembahan malam tadi, nenusukkk ke hati.. tahniahhh buat kamu berdua.. “
Persembahan penuh emosi Shiha dan Ieda ini berjaya mencuri hati juri dan pengundi. Hasilnya minggu ini Shiha dan Ieda dinobatkan sebagai famili duo terbaik. Tercapai sudah impian arwah ayah mereka dan arwah suami Ieda untuk menyatukan 2 beradik ini di atas satu pentas. Semoga pasangan duo ini berjaya ke peringkat akhir nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG TV3 Malaysia, Tiktok F8buzz, Tiktok Ohbulan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

