Connect with us

Artis / Selebriti

” Oh my god, dia punya reaction tu sooo priceless.. ” – Netizen

Bila Syeriv Samheizy Dapat Mainan Kegemarannya, Macam-Macam Mimik Muka Keluar. Alahai Comelnya Matyip, Sampai Mima Pun Tak Boleh Sentuh. Sayang Sungguh !!

Nama uniknya pernah menjadi persoalan dari netizen ketika di awal kelahirannya. Syeriv Samheizy anak comel aktor Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ini memang comel dan bijak. Dilahirkan 9 Mei 2017, Syeriv yang digelar Matyip oleh Sam dan Tilla kini menghampiri usia 3 tahun.

Melihat gelagat Matyip, seakan-akan bayangan Tilla. Dengan perangai suka melawaknya dan macam-macam mimik muka dibuatnya, Matyip memang betul-betul ikut perangai dan muka Tilla. Matyip yang banyak mulut seperti ibunya juga sering membuat peminat terhibur mendengar ayat-ayat yang keluar daripada mulutnya itu.

Adat dan perkara biasa bagi kanak-kanak sukakan mainan. Syeriv yang teramat suka dengan dinasour dapat dilihat dari koleksi patung dinasour yang dimilikinya. Punyalah minatnya dengan dinasour sampai nama semua ‘kaum kerabat’ dinasour itu diketahuinya.

Menerusi akaun Instagram Syeriv Samheizy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Syeriv bila diberikan mainan Dinasour Egg yang disukainya. Keterujaan dan wajah gembira Matyip apabila melihat mainan tersebut buat yang menonton pun turut rasa gembira.

Jom tonton video di bawah :

Alahai Matyip, tak pernah tak comel. Antara komen-komen peminat :

” Reaction syeriv buat orang nak teriak tengak video nie sebab muka happy tu tak terkata. Syok nya dia dapat mainan yang dia nak. Peluk sakan mainan tu.. “

” Ya ampuuun syeriv… The look on his face tu yang mahal.. “

” Kemain lagi dia gambar last, cekak pinggang.. “

” Ya Allah anak.. Lagak gaya awak sebijik bubu awak comei. Dengan sengeh tu.. Anak bubu betoi.. ”

” Eeeiii ger4m tengok reaction dia.. Macam budak besar dah.. ” 

” Comel la reaction dia haih.. “

” Oh my god dia punya reaction tu sooo priceless.. “

Happy tak terkata muka Matyip dapat mainan pujaan hati. Kita yang tengok pulak rasa gembira sampai nak menitik air mata. Anak-anak macam tu lah kalau dapat barang yang diingini. Muka yang akan jadi kenangan untuk Bubu nanti. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Syeriv sentiasa gembira dan ceria selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syeriv Samheizy by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT