Artis / Selebriti
” Nur Izzara hadir dalam hidup kami tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui.. ” – Datin Alyah
Datin Alyah Memperkenalkan Cahaya Matanya Kepada Umum. Perkongsian Alyah Dihujani Dengan Ucapan Tahniah. Alahai Lebatnya Rambut Baby. Tahniah Datin Alyah Dan Tokram Dapat Baby !!
Umum mengetahui yang Datin Alyah merupakan isteri kepada pengarah pemuzik terkenal tanah air iaitu Dato’ Ramli MS. Namun pasangan ini kurang berkongsi kehidupan rumahtangga mereka dan lebih banyak berkongsi mengenai kerjaya masing-masing di media sosial.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Datin Alyah, telah dikongsikan video yang memaparkan Datin Alyah memperkenalkan cahaya mata barunya. Tulis Datin Alyah memberitahu yang si kecil tersebut diberikan nama sebagai Nur Izzara. Datin Alyah mengatakan kehadiran Izzara langsung tidak pernah terfikir baginya dan Dato’ Ramli.
Datin Alyah memanjatkan rasa syukur dengan kehadiran si kecil ini dalam kehidupan rumah tangganya. Gambar-gambar yang dikongsikan oleh Datin Alyah adalah sekitar majlis aqiqah Izzara yang diadakan di rumah abang ipar Datin Alyah di Kampung Olak Batu Parit Raja, Batu Pahat.

Perkongsian oleh Datin Alyah telah menarik perhatian para peminatnya. Ramai yang turut tumpang gembira dengan pengumuman daripada Datin Alyah itu. Sehingga kini, posting terbaru Datin Alyah menerima puluhan ribu sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian Datin Alyah ini dan turut mengucapkan tahniah serta menitipkan doa buat Nur Izzara. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah… Tahniah Alyah.. Kurniaan Syurga Terindah..Kiss For Izzara ya dan selamat mengerjakan haji semoga mendapat mabrur Aamiin Ya Rabbal Alamin.. “
” MashaaAllah congrats kakak akuu.. Assalamualaikum Izzara sayang.. Semoga Izzara menjadi anak yang solehah buat Alyah dan Tokram.. “
” Syukur Alhamdulillah. Tahniah my dear kakak.. Am happy for you. Selamat menunaikan ibadah haji, wah lepas ni meriah lah rumah.. Alhamdulillah rezeki daripada Allah.. “
” Semoga izzara menjadi anak solehah dan menjadi penyejuk penyeri hidup datin.. Selamat menunaikan ibadah haji. Semoga dipermudahkan segala urusan & diberikan kesihatan yg baik, InsyaAllah.. “
” Alhamdulilah… Tahniah Datin, semoga mendapat Haji yang Mabrur.. Rezeki Allah berganda, menjadi tetamunya, menjadi seorang ibu.. MasyaAllah.. “
” Alhamdulillah, syukur.. Assalamualaikum Izzara.. Sedapnya nama, indah betul.. Semoga jadi anak yang solehah ya sayang.. “
” Alhamdulillah Datin menjadi tetamu Allah Duyufurrahman. Semuga mendapat Haji yg Mabrurah. Tahniah juga dapat baby Izzara Aamiin.. “
Gambar-gambar di IG Story Datin Alyah :


Jelas kelihatan kebahagiaan pada wajah pasangan ini setelah menerima kehadiran Nur Izzara dalam hidup mereka. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah kepada Datin Alyah dan Dato’ Ramli. Semoga Nur Izzara terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen


