” Nombor 2 ada iras abang Wahid masa muda, handsome semuanya.. ” – Netizen

Wahid Senario Kongsi Gambar Bersama Tiga Anak Lelakinya Di Instagram. Wah Dah Besar Semua Anak-Anak Wahid, Handsome-Handsome Belaka !!

Abdul Wahid bin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Wahid Senario merupakan seorang pelawak dan salah seorang anggota kumpulan Senario. Wahid berasal dari Ipoh, Perak dan masih lagi bergiat dalam dunia seni walaupun tidak aktif seperti dulu.

Meninjau ke akaun Instagram, Wahid ada memuatnaik sekeping gambar bersama tiga orang anaknya. Cahaya mata Wahid dan isterinya, Lily Suryati merupakan kesemuanya lelaki. Kini ketiga-tiga anak mereka semakin meningkat remaja.

Dengan kapsyen tiga hero dan hashtag tiga Abdul yang merujuk kepada tiga orang anaknya itu, perkongsian Wahid ini telah meraih perhatian peminat dan pengikut laman Instagramnnya. Kesemuanya sudah hampir sama tinggi dengan Wahid.

Ramai memuji wajah ketiga-tiga cahaya mata Wahid ini yang dilihat kacak dan tampan seperti bapanya ketika muda dahulu. Ada yang menyatakan wajah anak kedua Wahid paling seiras dengan wajahnya.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Perkongsian gambar ini telah mendapat 21 komen buat masa ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Wahh dah besar² semua anak abg.. Kacak2 anak abang.. Semoga mereka boleh jaga abang wahid bila sak1t nanti.. “

” Anak2 kome ke semua ni.. dah besor2.. smga menjadi anak2 yg soleh.. Saya pun tiga Abdul abg, terbaik.. Beso dh aup.. “

” Yang no 2 iras abg wahid masa muda .. steady.. yang nak berkhatan yang blkg sekali ke tu.. Dh besar dh wais.. “

” Semua lelaki ye bang. handsome.. kemahh yeop.. alhamdulillah.. semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan berjaya.. “

” Handsome2 semuanya.. Sama lah kita wahid_official75 aku pun 3 Hero.. Sbjik cm kmi brtga pon hero hehe waffiq_02 raffiq05 .. “

” Dah besar dah semua.. Handsome macam apak dia masa mude.. Semoga Allah sentiasa memberikan Taufik, Rahmat, Berkah, Perlindungan, Keselamatan, Rezeki & Hidayah, serta Redha Nya.. “

” Abang Wahid sentiasa steady.. moga steady2 selalu, sihat dan berjaya ya.. amin.. handsome belaka anak-anak abang.. “

Isteri Wahid juga apa kurangnya, cantik dan manis orangnya. Pastinya anak-anak juga mewarisi wajah tampan si bapa dan wajah cantik si ibu. Semoga Wahid sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta dan dimurahkan rezeki selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wahid Senario

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..