Artis / Selebriti
” Ni lah Yati yang Bark0ba suka tu, ingat Neelofa hari tu.. ” – Netizen
Inilah Wanita Yang Membawakan Watak Yati Dalam Filem Kamp0ng Pisang Musikal Raya Istimewa. Wah Cantik Orangnya !!
Filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa terbitan Astro Shaw dan produksi Enjit-Enjit Semut mencatat jumlah kutipan yang memberangsangkan sepanjang tayangannya di Astro First. Menurut laporan Berita Harian, filem arahan pengarah terkenal, Mamat Khalid ini sudahpun meraih 2 juta dalam tempoh 10 hari.
Filem ini membariskan pelakon hebat antaranya Datuk Awie, Kaka Azraf, Bell Ngasri, Kazar dan ramai lagi. Elemen lucu yang dipamerkan dalam filem ini dikuatkan lagi dengan watak Bark0ba, Yah Kuchei dan Pak Jabit.
Turut menjadi perhatian penonton adalah watak wanita berpurdah yang bernama Yati. Pastinya penonton berteka-teki siapakah gerangannya ‘Yati’ ini. Meninjau akaun Instagram Nishamanis, telah dikongsikan gambar ketika penggambaran filem ini dijalankan.

Rupanya gadis yang membawakan watak Yati ini bernama Noraisnisham Shamsul Hafizi. Ada juga peminat yang menyangka Neelofa yang membawa watak ini. Melihat raut wajah Nisham ini, lembut dan ayu orangnya.
Jom baca perkongsian di bawah :
https://www.instagram.com/p/CJQX1LMD4e2/
Perkongsian lain Nisham ketika Aidilfitri baru-baru ini :
https://www.instagram.com/p/COzl15CjJHg/
Akh1rnya persoalan peminat siapa sebenarnya ‘Yati’ terjawab. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :
” Ohh ini wajah watak yati, gigih kita cari tau haha. Tahniah lakonan yang baik, semoga terus berjaya dalam lakonan selepas ini.. “
” Oh ini Yati, terbaiklah. Sungguh m1steri, hari ini jumpa pun tuan badan haha. Puas hati, cantik dan manis sangat tuannya.. “
” Oo ni yati. Asik cari manager aja yati. lpas ni cari doc pakar la pulak yati hehe. Yati memang cantik, jika kau becinta lagi haha. Teringat part Bell.. “
” Terjawab sudah siapa watak yati. manager sokmo, yati oh yati hehe. Ni lah dia makwe Bark0ba, ex wife Fendi Afifi haha.. “
” Watak ni selalu tertanya-tanya, siapakah orangnya. Nampak macam Neelofa. Akh1rnya terjawab jgk tapi syg suka pd manager jer. kes1an bark0ba haha.. “
” Nisham, i suka watak dn penampilan u dlm cerita ni, mata yg men1kam kalbu. patutlah Bark0ba sanggup tunggu Yati. Ayu sangat tuan punya badan.. “
” Laa ni ke yati yang bark0ba suka tu. Tapi sayangnya yati berkenan dengan manager-manager je hehe. cantik sangat orangnya. Ingat Neelofa dah aritu haha.. “

Ada rupa dan bakat, jika terus digilap Nisham boleh jadi antara bintang baru yang bersinar dalam arena seni negara. Apa pun, tahniah Nisham kerana berjaya membawa watak Yati dengan baik dan semoga lebih banyak peluang lakonan ditawarkan di masa hadapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nishamanis, Portal Berita Harian, Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen

