Artis / Selebriti
” Nasib baik ibunya fotogenic, sentiasa on point walaupun struggle handle anak-anak.. ” – Netizen

Dato’ Seri Siti Nurhaliza Kongsi Video Di Sebalik Tabir Pembikinan Iklan Bersama Anak-Anaknya, Siti Aafiyah Dan Muhammad Afwa. Fuhh Bukan Senang Rupanya Nak Tenangkan Afwa, Semua Orang Kena Main Peranan. Part Cubaan Afwa Nak Melarikan Diri Tu Kelakar, Haha !!
Selain Dato’ Seri Siti Nurhaliza, anak-anaknya iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa juga sering menjadi perhatian umum. Sejak mereka dilahirkan sehinggalah sekarang, perkembangan kedua-dua anak DS Siti ini sentiasa diikuti oleh para peminat DS Siti.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik DS Siti telah dikongsikan video yang memaparkan di sebalik tabir pembikinan iklan DS Siti bersama Aafiyah dan Afwa. Kelihatan pada awalnya, DS Siti sedang memujuk Afwa untuk memberikan kerjasama ketika sesi sho0ting dilakukan.
Tulis DS Siti di ruangan kapsyen, ianya sangat mencabar kerana ini adalah kali pertama buat Afwa melakukan sho0ting iklan berbanding Aafiyah yang sudah pun memahami arahan diberikan, memandangkan Aafiyah sebelum ini pernah melakukan sho0ting iklan.
Perkongsian video ini menjadi perhatian warganet. Ada yang terhibur melihat gelagat Afwa seolah mahu melarikan diri ketika disuruh minum susu. Selain itu, para peminat turut memuji kesabaran DS Siti ketika memujuk Afwa. Sehingga kini, video itu telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nasib baik ibunya fotogenic, sentiasa on point walaupun struggle handle anak-anak.. Comel tengok perangai Afwa, kelakar, haha.. “
” Semalam tengok iklan ni waktu GV trus dlm hati “behavenya anak² tokti ni” . Hahaha lepas tengok video ni, rupanya mencabar yer hahahahaha.. “
” Hahahaha scene dekat meja tu on point betul reaction Afwa time Aafiyah masuk. Haha terus dapat shoot cantik.. Nasib lah menjadi.. “
” The struggle is real, comel Afwa dalam suka dok memberontak2 tu hahahaa.. Paling kelakar dia lari tak nak minum susu tu, haha.. “
” Part lastt tuu Afwaa behave yaaa.. Pandai diaa.. Awal2 tu lah sementara nak ada mood kan, hahaha.. Tapi memang Tokti terbaik lah, tak adanya nak angin2, haha.. “
” Dalam hati Afwa, Ei serabutnya aku, ku nak main pun susah hahaha.. Kita pun tergelak tengok Makiti gelak tengok perangai Afwa.. “
” Last2 pandai juga berlakon iklan si Afwa tu yer, padahal sebelum tu tgk dah macam tak nak berlakon.. Kakak Aafiyah mmg dh biasa berlakon iklan.. “
Walaupun pada awalnya banyak perkara perlu ditempuh oleh DS Siti dan team sho0ting untuk memujuk Afwa, namun hasil iklannya berjaya akhirnya. Apa-apa pun semoga Aafiyah dan Afwa terus membesar dengan baik serta berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Senang betul kerja Amayan, last-last dia suruh kawan dia yang buat live dan jual.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Bila dia sebut inspirasi daripada Umi dia, terus laju je aku menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bila dia dah start kira tu aku dah nak gelak, haha… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mama, betul ke ? Tak lawak lah mama, sekarang kereta pun dah tak muat.. ” – Qadejah