Artis / Selebriti
” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin bermanja dengan Amira Othman ketika sedang live buat ramai terhibur. Amboi manja betul Fattah, mesti lupa ramai tengah tengok. Part Fattah terbuat sesuatu tanpa sengaja kat Amira tu, tak berhenti Amira gelak sambil tepuk-tepuk belakang Fattah, haha..
Agak lama pasangan sensasi Fattah Amin dan Amira Othman tidak membuat live bersama. Ekoran jadual mereka yang padat dan faktor kesihatan Amira, ramai yang ternanti-nantikan untuk melihat siaran langsung mereka berdua. Amira semakin pulih dan cuma batuknya sahaja yang masih belum sembuh sepenuhnya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Byleeyana dan Mimpi_syakilla, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan live terbaru pasangan ini semalam. Kerinduan peminat FattMira untuk melihat mereka berdua bersama akhirnya terubat.
Terserlah keceriaan dan lebih bersemangat Fattah ketika bersama Amira. Bak komen warganet, Fattah betul-betul menjadi dirinya sendiri apabila bersama Amira. Banyak moment sweet yang dirakamkan sepanjang live Fattah dan Amira itu dan ianya membuatkan warganet turut terhibur.

Selain telatah comel Fattah membetulkan tudung Amira kerana rambut Amira keluar, part akhir sebelum live berakhir juga antara yang menarik. Fattah menunjukkan perangai manjanya tanpa sengaja sehinggakan Amira sendiri tidak dapat menahan ketawa sambil menepuk-nepuk belakang Fattah.
Jom tonton video di bawah :
@byleeyana Rinduu dooh dekat #fattmira 🌸🫶🏻
@mimpi_syakilla Kesian kat kami kena tgk sweet sweet #fattahamin #amiraothman #setulustakdirfattahamira #fattahamira
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bagusnya Mira sebelum makan dia suap Fattah dulu. semoga sentiasa mendahulukan suaminya.. Masyallah sweetnye ya allah jagalah perkahwinan mereka smpai syurga mu.. “
” Bagusnya Fattah Amin betulkan tudung sebab nampak rambut Amira Othman.. Comey sgt pasangan ni semoga di panjangkan jodoh hingga ke Jannah Amiin2.. “
” Comel betulkan tudung tu.. Ishhhhh aku stuck lama dah oiiii kat cni.. bawak aku kluaq dari cni oiiiiii.. sweet sangat ni, Fattah ingat dia dekat rumah kot haha.. “
” Mangsa tepuk kak long haha.. Bak kata ipan, kita buat-buat tak faham, tapi yg ni kita buat-buat tak nampak.. “
” Dia memang, kalau dok ngan mira dia menjadi-jadi betul dia. Memang tak perasan dah tu tengah live tuh haha.. “
” Aishhh.. buat2 xnampak jee la ekk.. tapi kan.. nanny nampak muka Fattah merah padam.. lupa la tuu tengah live haha.. sweet sangat sangat ni, fattah memang jadi diri dia sebenar.. “
” Blushing teruk muka Fattah, dia macam spontan, lupa belum habis live agaknya haha.. luar kawal punya reaction hehe.. buat buat tak nampak je ni padahal kami pun ikut blushing.. “
Alahai abang Long, punya lah spontan manjanya itu sehinggakan warganet pun turut sama tersipu-sipu. Merah muka Fattah, Amira pun tak berhenti ketawa. Semoga pasangan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan ikatan perkahwinan mereka dijauhi dari segala hasad dengki.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Byleeyana, Tiktok Mimpi_syakilla
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” YB dah stress, dah tepuk dada. Sekali YB pun terkena prank Didi, haha.. ” – Komen Netizen

