Connect with us

Artis / Selebriti

” Nama-nama besar dalam dunia penyiaran tahun 90an, semuanya masih jelita seperti dulu.. ” – Netizen

Video Ezzah Aziz Fawzy Bersama Rakan-Rakan Bekas Penyampai Berita TV3 Di Sebuah Majlis Cur1 Perhatian Ramai. Wahhh Semuanya Masih Maintain Dan Cantik Seperti Dulu !!

Ezzah Aziz Fawzy antara nama besar dalam industri penyiaran negara. Berpengalaman lebih tiga dekad dalam bidang penyiaran, Ezzah memulakan karier di TV3 pada tahun 1987. Pada era kegemilangan Ezzah, Ezzah bukan hanya dikenali sebagai pembaca berita, bahkan Ezzah turut pernah mengendalikan beberapa program popular.

Meninjau di akaun Instagram, Ezzah telah berkongsi satu video yang memaparkan baru-baru ini Ezzah telah hadir ke sebuah majlis perkahwinan anak salah seorang sahabatnya. Difahamkan majlis tersebut adalah majlis perkahwinan anak perempuan bekas penerbit program Wanita TV3 iaitu Zulika Atan.

Pada majlis tersebut, kelihatan rakan-rakan Ezzah yang juga bekas pengacara dan pembaca berita TV3 turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet serta sehingga kini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ada peminat mengatakan terubat rasa rindu mereka apabila menonton video yang dikongsikan oleh Ezzah ini   setelah melihat wajah-wajah bekas penyampai berita TV3 yang pernah popular pada suatu ketika dahulu. Antara mencur1 perhatian adalah Azizah Ariffin, Zaleha Radzi dan Ras Adiba Radzi.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai video yang dikongsikan oleh Ezzah ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Nama nama besar dalam dunia penyiaran tahun 90 an.. Semuanya masih jelita seperti dulu.. Dulu2 tak sabar nak tgk berita, sebab nk tengok pembaca beritanya siapa.. “

” Dulu masa kecil2 suka tgk tv3 sbb pengacara, personaliti tv3 masa tu.. Cantik2 semua.. Alhamdulillah semuanya masih sihat2.. “

” Legend… Suara2 emas… Nama3 yg terpahat di hati kami.. Azizah Arifin tak penah tua ke camne ni, cantik betul dia.. Suka tengok.. “

” Alahai terus terubat rindu tengok wajah2 ni.. Memang best sangat tau semua pengacara TV3 dulu.. Semuanya mel0ps habis.. “

” Pengacara dulu2 yang cantik, less controversy, yg mmg betul2 komited dlm pengacaraan/penyiaran.. Semuanya favourite saya. Sejuk je mata memandang.. “

” Alhamdulillah.. Semua masih jelita seperti dulu2… Semoga Allah rahmatkan kebaikan dan kesihatan buat Kak Ezah dan kawan2 seperjuangan.. “

” Seronok berhimpun dengan kawan kawan lama dan mendatangkan nostalgia pada saya. Menua bersama mereka semua. I love you all pengacara tv3 yang jelita.. “

Terus mengimbau kenangan pada era tahun 90 an, wajah-wajah ini lah penyeri kaca televisyen dahulu. Masih maintain lawa semuanya, patut lah ramai yang memuji. Apa-apa pun semoga mereka semua terus diberikan kesihatan yang baik dan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ezzahazizfawzy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT