Artis / Selebriti
” Nak nyanyi ke nak marah ni. Senak perut suka tengok korang nyanyi, haha.. ” – Komen Netizen

Video CSE Buskers Menyanyi Lagu Bea Soba Bea Versi Rock Secara Spontan Buat Warganet Terhibur. Fuhhh Power Lah, Tak Praktis Pun Gempak Macam Ni. Meremang Dengar Suara Tu, Rock Habis !!
Lagu ciptaan Eddie Hamid berjudul Cinta Setandan Pisang menjadi perhatian dan siulan ramai. Liriknya yang bermula dengan ayat ‘ Bea soba Bea ‘ tidak hanya diminati oleh orang negeri Kelantan tetapi negeri lain juga. Tidak hanya orang dewasa, bahkan kanak-kanak juga mengemari lagu ini.
Meninjau akaun Tiktok CSE Buskers, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kumpulan CSE Buskers menyanyikan lagu tersebut. Suara penyanyi utamanya memang merdu dan sedap didengar. Pada awalnya, rentak yang dinyanyikan sama seperti penyanyi asal tetapi selepas itu rentak lagunya semakin berubah.
Belum pernah ada lagi yang membuat cover lagu loghat Kelantan ini dalam genre rock. Seronok juga warganet mendengar dendangan CSE Buskers ini. Boleh ikut goyang sama kepala apabila rentak rock dimainkan. Pemuziknya pun memang mengikut sahaja rentak yang vokalis nyanyikan.
Tertera pada video itu juga mengatakan mereka tidak pernah praktis untuk lagu Bea Soba Bea ini dan persembahan kali ini secara spontan sahaja. Walaupun katanya spontan sahaja menyanyi begitu, tetapi tetap menghiburkan penonton yang menonton secara live dan secara maya. Hebatlah CSE Buskers, macam-macam nada suara boleh dibuat.
Jom tonton video di bawah :
@csebuskers Ni bukan bea sobar bea , ini bearuk 🥲 @Pahann @Faizal @Megat Amirul @Haidir
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 37 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dari nak sabar terus hilang sabar. Hanger mana hanger haha.. Kejuk kito bey.. kito nyo manjo haha.. ”
” Nak nanyi ko nak maroh ni haha.. senak perut suka tengok korang nyanyi.. Ni tak rilek dah ni.. ”
” Bey lagu ni kann dio rilex jah bena, bakpo jadi gini haha.. Versi berbeza, best jugak dengar macam ni. Aku pernah agak dah lagu nie klau dpt kt depa nie jadi guana haha.. ”
” Ni tak rilek dah ni haha.. ni kalau full version mesti confirm r0sak teruk lagu haha.. 2 kali g sne.. mmg suara abg ni sdap.. trbaik bang.. ”
” Halohhhh haloohhh… mulo-mulo bole sobar tadi … tibe-tibe ghaso iley sobar beyyy. meremang bang dengar suara tu.. rock habis.. ”
” Tokleh nok rilek kalu gini, sero nok wat lobe selalu hahha.. rosak tak juga lh untuk lagu ni, terhibur juga rasanya… mantap.. ”
” Huihh padu habis.. dok leh rilek doh bangg.. nak tahan sabar pun tak boleh ni haha.. Power la lagu kelate jadi metal.. kreatif abang ni.. ”
” Wahhhh versi ni lagi best… buat hal betul kau ye bang hahah.. slipknot pun lari kalau macam ni gaya.. ”
” Sedap pulak dapat lagu ni dekat dia.. bang panjang la sikik yg metal tu aduii baru nak layan sikik ja.. terbaik lah bey mantap.. ”
Seronok juga warganet mendengar versi yang berbeza seperti ini. Ada juga yang meminta untuk versi penuh kerana begitu asyik mendengar alunan suara vokalis buskers ini. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca yang menonton video ini juga turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Csebuskers
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar