Artis / Selebriti
” Geng dia pun terbahak ketawa. Aku nak terkencing ketawa dia rosakkan lagu macam ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video CSE Buskers Menyanyi Lagu Bapaku Pulang Dari Kota Buat Warganet Terhibur. Lain Macam Betul Lagu Kali Ini. Lagu Kanak-Kanak Pun Boleh Jadi Lagu Jiwang Karat. Memang Tangkap Leleh Lah. Syahdu Sangat, Hehe !!
CSE Buskers antara kumpulan buskers yang aktif di Kuantan, Pahang. Kumpulan ini mempunyai bilangan pengikut yang ramai di akaun media sosial milik mereka. CSE Buskers dianggotai oleh 4 orang ahli yang segak dan berbakat besar dalam nyanyian dan bermain alat muzik.
Jika sebelum ini CSE Buskers ‘membuat hal’ dengan menyanyikan lagu Bey Soba Bey dalam versi mereka tersendiri yang membuatkan penonton terbahak ketawa mendengarnya. Kali ini, CSE Buskers mengulangi kejadian spontan ‘merosakkan’ lagu lain pula.
Menerusi akaun Instagram CSE Buskers, telah dikongsikan satu video yang memaparkan mereka membuat persembahan bertemakan jiwang. Vokalisnya memilih lagu kanak-kanak yang popular iaitu lagu Bapaku Pulang Dari Kota untuk diubah menjadi lagu jiwang.

Tanpa sebarang latihan dan rehearsal, nyanyian ini secara spontan dan team muzikal sendiri tidak mengetahuinya. Terbahak ketawa gitaris yang berada di sebelah vokalis mendengar nyanyian tersebut. Sedih sungguh lagunya, seperti bapaku bawa pulang kereta rosak. Memang broken habis lah, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sambil meraung2 saya menaip ni bang dengor lagu childhood saya didewasakan dengan penuh liku2 kehidupan.. ”
” Tak sangka hanya tarik lirik pom pom pom buat aku nangis teresak2 malam ni.. i feel u bro.. lupakan je kekasih gelap tu.. ”
” Tiba2 sedih nk naik kereta.. Kenapa tak ada dalam spotify ya? penatlah kalau nak dengar kena buka ig je haha.. ”
” Aku br je nyanyi ng anak aku 2thn lagu ni. Tiba2 dgr korang sedihkan lagu ni. Adooii geram ajeee.. ”
” Ayy sis terus lupa lagu ori cane hahahaha. Pom pom tu pun sayu je dgr.. Kalau aku kena mcm ni aku blah je. biar dia nyanyi sorang2.. ”
” 4 orang ni memang senget la haha.. masing-masing pun masuk air, pandai pulak tu semua masuk part masing-masing.. terbaik lah.. lagu riang boleh jadi jiwang karat weh.. ”
” Intro macam lagu naqiu episod cinta.. sekali masuk lirik bapak ku pulang dari kota daa .. geng dia pun terbahak ketawa apatah lagi kita ni. nak terkencing ketawa bila dia rosakkan lagu macam ni haha.. ”
” Dia punya seni jenis x de hukum ekk. korang ohsem ar. Tiba-tiba sedih nak naik kereta.. lawak tapi syok dengar.. jiwang pun onz.. ”
Siapa sangka, lagu kanak-kanak pun boleh menjadi lagu jiwang. Berbakat sungguh vokalis CSE Buskers ini. Semua lagu pun boleh menjadi merdu apabila diolah dengan gayanya sendiri. Ini kalau kanak-kanak yang dengar, memang boleh menangis bang, syahdu betul.

Silakan SHARE..
Sumber : IG CSE Buskers
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden

