Connect with us

Artis / Selebriti

” Nak ambil serius cerita Jep ni memang payah.. ” – Netizen

Video Jep Sepahtu Bercerita Tentang Kenangan Nak Makan Ayam Goreng Sewaktu Kecil Buat Ramai Terhibur. Alahai Tengah Syok Layan Sedih Cerita Jep Tu, Boleh Pulak Jep Buat Lawak. Berdekah Gelak. Part Last Tu Kelakar, Haha !!

Bagi peminat setia Jep Sepahtu, pastinya tidak kering gusi jika mengikuti sesi live Jep. Ada sahaja cerita yang diborakkan oleh Jep yang kadangkalanya tidak terfikir dek akal. Pantun tuai padi antara masak pun boleh jadi cerita meleret apabila Jep membuka mulut.

Meninjau akaun Tiktok Ichanurintashah, telah dikongsikan sedutan video ketika Jep membuat live semalam. Turut sama kelihatan dalam video Jep adalah Usop. Jep bercerita mengenai kenangan sewaktu kecilnya dahulu yang agak susah dan penuh dengan kenangan.

Kata Jep, waktu kecil dahulu hanya dapat makan ayam sewaktu hari raya. Biasalah budak-budak memang kegemarannya ayam. Kata Jep, dia pernah berdiri di belakang kedai ayam goreng dan melihat asap ayam dimasak keluar melalui exhaust fan.

Punya lah serius Jep bercerita, ingatkan apalah. Rupa-rupanya Jep membuat lawak dengan mengatakan di situ lah dia belajar membuat ‘huruf O’ . Adoi lah sedut asap hembus jadi huruf O ke Jep. Berdekah member sebelah dengar Jep bercerita. Kalau sudah namanya Jep memang lawak tak habis-habis.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@ichanurintashah

Nk amik serious cerita jep ni mmg payah 😅 *ok gaiss, sy nk bagitahu, live yg malam tadi mmg sy x rekod penuh sbb storage x cukup. Ape yg sy ade je ye sy upload.. tq. #jeptapan #jepsepahtu #gomokgahai #usoppgahai #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryou #masukberanda #masukberandafyp #masukberandamu #lawakmalaysia #tiktokmy #tiktokmalaysia #tiktoksg

♬ original sound – nurinnatashah 🌹 – nurinnatashah 🌹

Lebih 1000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Baru aku tau punca jep belajar buat O. Cara belajar dia lain daripada yang lain haha.. lawak betul jep ni.. ”

” Dahla jarang bercakap sekali bercakap dia punya punch 2 dollar dapat 200.. Usop gahai ntah pape je hahaha.. ”

” Dia sulamkan cerita dengan lawak supaya dapat simpan kesed1han.. Ada je cerita si Jep ni.. dengan kita pun berdekah ketawa.. ”

” Jep dah okey ke lepas minum listerin tu.. minum air banyak-banyak.. Live malam ni memang pec4h lah, awal sampai akhir berdekah ketawa haha.. ”

” Baru nak sed1h last-last hujung dia buat lawak.. Belakang marrybrown ke KFC ngai haha.. Mmg tak boleh serius la kalo jep da bukak cerita.. ”

” Menyampah aku si Jep ni.. penat tau gelak.. kalau mmg dh pandai borak, isu pasal tuai padi pun boleh jadi meleret panjang.. ”

” Jadi keliru kejap haha. Jep kau memang, apa kes asap exhaust fan tiba-tiba buat huruf O haha.. Huru hara betul kalau dengar cerita Jep ni.. ”

Jika tengok live Jep ni, yang sedang galau atau berduka lara pun boleh terbahak ketawa. Panjang akal betul Jep ni, boleh jadi keliru sama ada cerita tu betul ke rekaan semata-mata. Apa-apa pun, sesi live Jep semalam menghiburkan ribuan orang yang menontonnya. Pesanan untuk Jep, jangan diminum lagi listerin yer. Itu untuk berkumur, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok ichanurintashah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT